glowwe

5 Perkara Sebelum Mencuba Produk Baru

Ramai di antara cikpuan yang bertanya apakah perkara yang perlu dilakukan sebelum mencuba produk baru? Apakah produk baru boleh digunakan terus atau  perlu tunggu seminggu*? Produk jenis apakah yang patut saya beli?

Apabila cikpuan mahu guna produk baru dalam rutin penjagaan kulit, pastikan cikpuan tahu, patuh dan lakukan lima perkara berikut.

 

1) Pastikan hanya beli produk yang sesuai dengan jenis kulit dengan cara membaca label, meneliti senarai bahan dan keterangan produk dengan terperinci sebelum membeli.

Oleh sebab itu, perlu sangat kenal dan benar-benar pasti jenis kulit dan keadaan kulit sendiri sebelum membeli produk.

Bagaimana jika tidak tahu jenis kulit, tak tahu baca senarai bahan dan tak faham apabila baca keterangan produk?

Jawapannya, belajar!

2)  Beli produk pada saiz sampel atau saiz kecil dahulu sebelum beli saiz sebenar atau saiz yang lebih besar.

Tujuannya ialah jika produk tidak serasi, tidak rasa terlalu rugi untuk buang produk tersebut (atau beri kepada orang lain).

3) Lakukan “Patch Test” sebelum pakai produk pada keseluruhan wajah.

Patch test dilakukan dengan memakai produk pada jumlah yang kecil pada kulit bahagian dalam lengan (upper forearm) atau di belakang telinga.

Biarkan selama 24 ke 72 jam dan perhatikan jika kulit ada reaksi negatif seperti pedih, gatal, bengkak, kemerah-merahan dalam tempoh tersebut.

Jika tiada reaksi negatif, boleh guna produk pada wajah.

Jika ada reaksi, segera bersihkan kawasan patch test tersebut dengan air dan elakkan daripada menggunakan produk tersebut.

Patch test ini perlu dilakukan walaupun produk tersebut dikenali sebagai 100% organik, diperbuat daripada semula jadi, diuji secara klinikal atau “dermatologist tested“.

4) Cikpuan perlu cuba hanya satu produk baru pada satu-satu masa. Walaupun setelah lakukan patch test dan didapati produk tersebut tiada reaksi negatif, tetap jangan tambah dan gunakan lebih daripada satu produk baru pada satu-satu masa.

Tujuan mencuba hanya satu produk dalam satu masa ialah agar kita boleh pastikan keserasian produk tersebut pada kulit wajah kita. Sekiranya kita pakai lebih daripada satu produk baru pada masa yang sama sehingga muncul reaksi negatif, maka sukar untuk kita kenal pasti produk yang menjadi punca.

Cara yang saya amalkan ialah dengan menggunakan produk baru dalam tempoh seminggu ke dua minggu. Setelah tempoh itu dan tiada reaksi negatif, baru saya pakai produk baru yang berikutnya.

 

5) Beri masa untuk produk menunjukkan kesan baik pada kulit. Kebanyakan produk penjagaan kulit memerlukan tempoh minimum 2 ke 3 minggu sebelum kesan baik penggunaannya kelihatan pada kulit.

Jangan mengharapkan produk penjagaan kulit untuk memberikan hasil segera.

Memang perubahan kecil seperti kulit menjadi lebih bersih, lebih lembap, akan lebih mudah dirasai dan kelihatan.

Namun perubahan yang lebih ketara akan memakan masa beberapa minggu (atau bulan) untuk kelihatan.

 

NOTA: Terim kasih kerana sudi membaca halaman ini tentang perkara sebelum menggunakan produk baru Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan cikpuan . Terima kasih!

Artikel Terkini

Etiket Digital: Cara Menjaga Profesionalisme di Media Sosial

Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Etika Majlis Rasmi: Apa yang Perlu Anda Tahu

Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca

1 month lepas

Trend Baju Oversized: Sesuaikah Dipakai Oleh Wanita Rendah?

Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca

1 month lepas

Kombinasi Warna Pastel Dan Warna Neutral: Tip Bergaya

Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca

2 months lepas

Perlukah Wanita Bergaya Di Rumah?

Sebagai wanita, pastinya anda sibuk dengan tugasan harian di rumah seperti menjaga anak-anak, menguruskan rumah… Teruskan Membaca

2 months lepas