Penampilan

5 Tip Pilih Gincu Yang Sesuai Untuk Wanita

Gincu ialah salah satu produk solekan yang digunakan oleh wanita untuk tampil berseri dan mengelakkan wajah kelihatan pucat.

Oleh itu, pemilihan warna gincu yang betul dan sesuai amatlah penting untuk serlahkan lagi penampilan anda.

Dalam artikel ini akan dikongsikan kepada anda tentang tip pilih gincu yang sesuai dan betul.

  1. Kenal pasti tona warna permukaan kulit
  • Tip pertama untuk memilih warna gincu yang membantu serlahkan penampilan anda ialah dengan kenal pasti tona warna permukaan kulit.
  • Tona warna permukaan kulit terbahagi kepada cerah, sederhana, perang atau gelap.
  • Ini adalah cadangan warna yang sesuai dengan tona warna permukaan kulit anda.
    • Kulit Cerah (Fair & Light Skin) – Pink, Coral, Light Red atau Nude.
    • Kulit Sederhana (Medium Skin) – Rose, Cherry, Mauve atau Berry.
    • Kulit Perang (Tan Skin) – Deep Pink, Rock Coral atau Blood Red.
    • Kulit Gelap (Deep Skin) – Plum, Wine atau Caramel

  1. Tentukan tona dasar kulit
  • Tip seterusnya untuk pilih warna gincu yang sesuai ialah dengan tentukan tona dasar kulit sama ada cool atau warm.
  • Tona dasar kulit cool biasanya memiliki warna kulit yang dipengaruhi oleh warna merah jambu, merah atau kebiruan.
  • Manakala tona dasar kulit warm pula warna kulitnya dipengaruhi oleh warna kuning peach atau keemasan.
  • Di bawah ini ialah warna yang sesuai dipakai
    • Cool
      • Kulit cerah – Beige, Nude, Light Pink
      • Kulit sederhana – Cranberry, Rosy Pink, Medium Pink
      • Kulit perang atau gelap – Wine, Ruby, Plum
    • Warm
      • Kulit cerah – Peach, Light Pink, Orange Red
      • Kulit sederhana, perang atau gelap – Chocolate, Brown, Peachy Brown

  1. Bentuk bibir
  • Jika anda mempunyai bentuk bibir atas lebih tebal daripada bawah, pakai warna yang terang pada bibir bawah. Gunakan warna sedikit gelap pada bibir atas dengan menggunakan warna yang hampir sama pada kedua-dua bahagian bibir.
  • Jika bibir bawah lebih tebal daripada atas, pilih warna yang sesuai dengan tona dasar kulit serta campur sedikit dengan warna nude di tengah bibir.
  • Sekiranya anda mempunyai bibir yang tidak simetri, anda boleh gunakan pensel bibir dengan warna yang sama seperti warna gincu untuk membentuk saiz bibir supaya kelihatan sama.

  1. Saiz bibir
  • Saiz bibir juga adalah aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih warna gincu yang bersesuaian.
  • Jika anda mempunyai bibir yang nipis, elakkan memakai gincu tekstur matte dan gelap kerana ia akan membuatkan bibir anda kelihatan lebih nipis. Anda lebih sesuai memilih gincu dengan tekstur berkrim atau berkilat.
  • Jiika anda mempunyai bibir yang tebal pula, boleh pilih warna dan tekstur yang tidak terlalu berkilat atau berkilauan untuk dipakai pada bibir.

Semoga perkongsian tip ini boleh membantu anda untuk pilih warna gincu yang sesuai dengan kulit.

Anda mempunyai warna gincu kegemaran? Kongsikan jawapan di ruangan komen.

Artikel Terkini

6 Jenis Singkat Dan Fungsinya

Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca

1 week lepas

Tip Memakai Warna Ungu

Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Tip Pilih Seluar Mengikut Bentuk Badan

Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Tip Mengayakan Warna Maroon

Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca

1 month lepas

Adakah anda tahu bagaimana mahu memulakan perubahan imej?

Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca

2 months lepas