Semua orang berbeza. Ada yang jenis kulit gelap, ada yang jenis kulit cerah. Ada juga yang bibirnya jenis nipis/kecil, ada juga yang bibirnya jenis tebal. Jadi, mana satukah gincu yang sesuai untuk setiap kategori ini?

Matte? Gloss? Satin? Cream? Frost? Sheer?

Secara umumnya, gincu bibir di pasaran ketika ini mempunyai 6 finishing. Finishing merujuk kepada kesan visual akhir dan kesan tekstur pada bibir setelah gincu disapu.

Ada jenis finishing sesuai untuk dipakai ke tempat kerja, ada yang lebih sesuai untuk acara atau majlis keraian, ada juga yang lebih sesuai untuk kegunaan harian.

Jenis bibir juga mempengaruhi finishing yang bersesuaian. Jika bibir lembut (smooth) dan licin, banyak finishing yang boleh digunakan.

Jika sebaliknya, maka perlu lakukan rawatan (treatment) dahulu atau hanya menggunakan finishing tertentu.

Mari kita mengenali jenis-jenis gincu yang ada.

1) Lipstik Matte

Gincu ini selalu digunakan oleh semua wanita tetapi tidak semua akan kelihatan menyerlah apabila memakainya. Kenapa? Kerana, semua orang berbeza. Mungkin ada di antara cikpuan, bibirnya jenis kering dan tidak sesuai untuk  menggunakan gincu jenis matte ini tetapi tidak salah sekiranya cikpuan mahu menggunakan gincu jenis matte, janji cikpuan merawat dahulu bibir cikpuan itu agar tidak kelihatan bibir terlalu kedut apabila memakai lipstik jenis matte ini.

Lipstik jenis ini sesuai untuk cikpuan yang gemarkan warna-warna terang dan tekstur yang sekata kerana gincu ini digemari banyak wania kerana sangat pigmented, tahan lama dan sama sekali tidak shimmer.

2)  Lipstik Satin

Gincu jenis satin ini  tidak full coverage seperti lipstik yang lain tetapi warnanya lebih pekat/gelap berbanding dengan gincu jenis sheer.

3) Lip Cream

Lipstik jenis krim ini mempunyai kekurangan iaitu gincu ini tidak begitu kering seperti lipstik matte dan apabila memakainya akan kelihatan seperti tidak kemas(comot).  Namun, warna gincu jenis krim ini biasanya lebih sekata, mudah dipakai dan kurang bersinar.

4) Lipstik Sheer

Lipstik jenis ini adalah yang paling ringan, tidak mempunyai pigmen atau warna yang kuat. Cukup untuk membuat bibir cikpuan tidak kelihatan terlalu pucat dan juga melembapkan.

5) Lipstik Frost

Frosty lipstick atau mungkin cikpuan pernah dengar nama “pearlescent lipstick” adalah lipstik dengan taburan berkilauan(shimmer)  yang berlimpah. Secara umumnya gincu jenis frost adalah sejenis tekstur yang berkrim(creamy). Bagi yang tidak biasa menggunakan gincu jenis frost, cikpuan boleh cuba guna lipstik jenis yang lain.

6) Lipstik Gloss

Apabila cikpuan memakai gincu jenis glossy ini, lipstik ini membuat bibir cikpuan tampak lebih penuh dan teksturnya akan kelihatan seperti “basah” dan berkilauan atau senang kata nampak smooth je tetapi tidak bermakna lipstik jenis glossy ini, akan membuatkan bibir cikpuan menjadi lembap ya, tidak sama sekali.

 

Jadi, mana satukah gincu pilihan cikpuan?

Terima Kasih kerana membacanya, semoga bermanfaat buat cikpuan semua!😉