Adakah untuk nampak eksklusif dan mahal perlu beli pakaian yang berjenama dan mahal sahaja?
Adakalanya kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli pakaian supaya nampak eksklusif dan mahal.
Rekaan pakaian yang ringkas dengan perincian tertentu dan dikenakan dengan padanan warna yang betul mampu membuatkan keseluruhan penampilan nampak mahal.
Saya kongsikan 6 padanan warna yang mampu membawa mesej seakan pakaian tersebut bertaraf tinggi, indah dan mahal.
Padanan warna sebegini amat sesuai digayakan untuk acara khusus dan istimewa seperti majlis makan malam dan seumpamanya.
Midnight Blue + Snowy White
- Apabila anda memakai dua kombinasi warna ini, ia akan membantu membuatkan penampilan anda nampak klasik dan elegan.
- Kombinasi kedua-dua warna ini juga membawa mesej yang tenang dan sofistikated buat si pemakai.
- Boleh juga tambahkan aksesori seperti cincin, gelang tangan serta padankan juga dengan warna tudung yang bersesuaian untuk nampak eksklusif dan mahal.
Ruby Red + Silver
- Warna Ruby Red dan Silver adalah gabungan warna yang menyerlah dan glamor.
- Merah membawa mesej seperti bersemangat, bertenaga dan menarik perhatian. Manakala, silver pula membawa mesej sofistikated, elegan dan moden.
- Kombinasi dua warna ini sesuai digunakan untuk anda yang ingin kelihatan menyerlah dan menonjol dalam sesuatu majlis.
Forest Green + Pale Orange
- Warna lain yang sesuai dipadankan bersama untuk nampak mahal dan eksklusif ialah warna Forest Green dan Pale orange.
- Kombinasi dua warna ini membawa mesej seperti bersemangat, segar, bertenaga dan gembira.
- Padanan aksesori yang berwarna silver akan membuatkan penampilan anda nampak lebih menyerlah.
Admiral Blue + Apricot Brown
- Dua warna ini mencipta kombinasi supaya kelihatan mewah dan sofistikated.
- Tambahan warna pada aksesori atau tudung dengan warna yang cerah seperti contoh di bawah membuatkan anda kelihatan lebih eksklusif dan cantik.
- Sama ada anda memakai pakaian yang mampu milik atau berjenama, penting untuk padankan dengan warna yang betul supaya nampak menyerlah.
True Black + Lemon Gold
- Warna hitam adalah salah satu warna yang sering juga dikaitkan dengan warna yang mahal, eksklusif dan elegan.
- Warna ini sesuai dipakai untuk acara tertentu seperti majlis makan malam, hi-tea dan sebagainya.
- Kombinasi warna ini akan bertambah menyerlah jika dipadankan dengan aksesori seperti cicncin, gelang tangan dan lain-lain perhiasan.
Dessert Sand + French Bistre
- Dessert Sand dan French Bistre adalah gabungan warna yang lembut dan menenangkan.
- Sekiranya anda peminat warna yang lembut atau pastel, padanan warna ini sesuai untuk anda.
- Rekaan, perincian dan corak tertentu seperti sulaman dan seumpamanya pada pakaian membuatkan anda nampak lebih eksklusif dan mahal.
Walaupun pakaian yang anda pilih dan pakai itu adalah pakaian yang berjenama, tetapi kombinasi warna yang dipakai tidak sesuai, penampilan anda akan nampak tidak berseri.
Apabila anda memilih kombinasi warna yang betul, anda akan nampak mahal, eksklusif dan anggun.
Antara kombinasi warna di atas, yang mana satukah warna kegemaran anda? Boleh kongsikan jawapan pada ruangan komen di bawah.