7 Punca Kenapa Solekan Wajah Mudah Bercapuk

Siapa di antara cikpuan pernah mengalami solekan bercapuk? Apabila berlaku masalah seperti ini mana-mana wanita pasti akan rasa stress.

Apakah tips/cara untuk solekan tidak bercapuk?

Di sini saya kongsikan 7 punca dan apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakan masalah ini berlaku.

Semoga bermanfaat.

7 Punca Solekan Mudah Bercapuk

Pertama, tekstur produk solekan tidak sesuai dengan jenis kulit wajah.

Cara mengatasinya adalah cikpuan haruslah pilih tekstur produk solekan yang sesuai dengan jenis kulit.

Contohnya, bagi cikpuan yang kulit jenis kering, cikpuan perlukan solekan dengan tekstur yang jenis cecair atau krim.

 

7 Punca Solekan Mudah Bercapuk

Kedua, tekstur kulit tidak sekata berpunca daripada biji-biji halus pada kulit, kedutan dan pori-pori yang ketara.

Cara mengatasinya adalah cikpuan mestilah sekatakan tekstur kulit dengan mengamalkan rutin penjagaan kulit dengan konsisten.

 

7 Punca Solekan Mudah Bercapuk

Ketiga, kulit kering mengelupas atau tidak cukup lembap sebelum atau ketika memakai solekan.

Cara mengatasinya adalah cikpuan haruslah memakai pelembap dengan mencukupi sebelum menggunakan solekan. Cikpuan juga perlu amalkan penggunaan serum untuk menghidratkan kulit muka cikpuan.

7 Punca Solekan Mudah Bercapuk

Keempat, cikpuan memakai solekan selepas menggunakan pelembap tanpa menunggu pelembap meresap kering dengan betul.

Cara mengatasinya, pastikan pelembap yang cikpuan pakai tu kena meresap dengan baik dan kering sebelum menggunakan solekan.

7 Punca Solekan Mudah Bercapuk

Kelima, tidak menggunakan primer sebelum menggunakan produk solekan.

Cara mengatasinya, selain membantu solekan cikpuan tahan lebih lama, primer juga untuk meratakan tekstur kulit dan menjadikan solekan disapu dengan rata.

7 Punca Solekan Mudah Bercapuk

Keenam, tidak mengamalkan exfoliation untuk menanggalkan sel kulit mati dalam rutin penjagaan wajah.

Cara mengatasinya adalah, “Mahu solekan cikpuan kelihatan halus dan rata pada kulit?”. Jadi, cikpuan perlu mulakan amalan exfoliation secara mingguan.

7 Punca Solekan Mudah Bercapuk

Akhir sekali, cara cikpuan guna alat mekap atau mungkin teknik sapuan mekap pada wajah cikpuan yang kurang tepat.

Cara mengatasinya, cikpuan perlulah belajar menggunakan alat seperti span dan berus solekan dengan betul. Cikpuan juga kena pastikan alat tersebut adalah alat yang betul untuk produk yang cikpuan gunakan.

7 Punca Solekan Mudah Bercapuk

 

NOTA: Buat semua kaum wanita, saya pasti semua tahu bahawa semua perempuan akan kelihatan lebih cantik walaupun tanpa mekap tetapi dengan mekap yang betul, perempuan boleh jadi lagi lebih pretty powerful!

Terima kasih!