Sebelum ini, ada satu video yang viral di TikTok mengenai perbezaan sunscreen dan sunblock. Yang bercakap dalam video ini katanya seorang founder produk tempatan yang ternama.

 

Untuk elak salah faham yang panjang, saya mahu berikan pembetulan.

⛔️ Informasi yang salah yang puan founder ini sebut dalam video ini:

1. Sunblock melindungi 100% di mana UVA UVB tidak boleh menembusi kulit dengan penggunaan sunblock. ❌

2. Berbeza dengan sunscreen. Sunscreen akan tetap menyerap masuk ke dalam kulit kita sampai ke permukaan dermis kemudian boleh merosakkan kita punya lapisan atas yang menyebabkan kebakaran atau kulit sunburn. ❌

3. Tetapi sunscreen cuma boleh melindungi sinar daripada sinar UVA sahaja. Berbeza dengan sunblock. Sunblock dia melindungi daripada kedua-dua sinar iaitu UVA dan UVB. ❌

4. Plus, sunblock boleh menyebabkan sinar matahari tak boleh menembusi kulit kita. ❌

Fakta yang betul (saya jawab ikut turutan di atas):
1. Sunscreen atau sunblock adalah sama. Malah berdasarkan panduan FDA yang dikeluarkan pada tahun 2012, hanya istilah sunscreen dibenarkan pada label.


Sumber: https://www.fda.gov/media/85172/download

Ini bertujuan elak kekeliruan di kalangan pengguna kerana perkataan “block” pada sunblock menyebabkan pengguna sangka sunblock lebih bagus daripada sunscreen.
Sedangkan tahap keberkesanan produk pelindung suria pada kulit bergantung kepada bahan di dalamnya, bukan sekadar namanya.
📣📣Fakta yang betul adalah TIDAK ADA satu pun sunscreen di dunia ini yang boleh beri perlindungan 100% sehingga sinar ultra ungu tidak boleh menembusi kulit.
Saya juga tidak jumpa lagi mana-mana kajian menyatakan sedemikian.

2. Sudah dijelaskan di atas. Tapi puan founder ini sebut silap agaknya, “Sunscreen akan tetap menyerap masuk ke dalam kulit kita…”
Sunscreen tidak serap masuk kulit. Sinar ultra ungu yang berupaya tembusi kulit, puan founder.

3. Sunscreen boleh melindungi daripada kedua-dua sinar ultra ungu sama ada UVA atau UVB. Kadar perlindungan dan kesesuaian dengan kulit bergantung pada bahan di dalamnya.

4. Sudah dijelaskan di atas pada perkara bernombor 1.

 

NOTA: Bukan pertama kali jumpa penjual produk sebarkan maklumat yang tidak tepat dan boleh mengelirukan.