Muka Berpeluh Setelah Pakai Pelembap? Apa Perlu Dilakukan?

Cikpuan tahu apa itu pelembap muka? Apakah fungsi untuk pelembap muka? Jenis pelembap muka mana yang sesuai dengan muka cikpuan dan apakah tips untuk muka berpeluh setelah pakai pelembap?

Sekiranya muka cikpuan cepat berpeluh setelah memakai produk untuk melembapkan kulit, maka berkemungkinan besar produk tersebut mempunyai tekstur yang agak “berat” untuk kulit wajah cikpuan. Produk pelembap muka apa yang cikpuan selalu gunakan? Adakah pelembap muka yang cikpuan gunakan sesuai untuk muka cikpuan semua?

Secara semulajadi, badan kita mengekalkan suhu sekitar 37 darjah Celcius. Di kawasan muka, suhu dikekalkan pada sekitar 32 ke 34 darjah Celcius.

Pelembap dengan tekstur “berat” akan membentuk lapisan pada permukaan kulit yang boleh menghalang proses pembebasan haba yang dilakukan oleh kulit secara semulajadi.

Apabila terhalang daripada membebaskan haba, suhu pada kawasan tersebut (dalam contoh ini adalah kulit muka yang disapu pelembap) akan meningkat dan kulit secara semulajadi akan menyejukkan kawasan tersebut dengan mengeluarkan peluh melalui liang peluh.

 

Sekiranya perpeluhan ini berlaku setelah cikpuan memakai pelembap, dicadangkan agar cikpuan bertukar kepada pelembap yang mempunyai ciri-ciri berikut:

☑️ Mempunyai tekstur yang lebih ringan, selalunya dalam bentuk gel atau losyen.

☑️ Menyerap hampir serta-merta sebaik sahaja disapu pada kulit.

☑️ Mempunyai kandungan bebas minyak (oil-free) terutama untuk kulit yang sudah sedia berminyak.

☑️ Pilih pelembap yang tidak menyumbat pori-pori di mana tertulis “non-comedogenic” pada bungkusan produk.

 

Di bawah ini merupakan ciri-ciri pelembap jenis gel dan ia menyerap dengan hampir serta-merta oleh kulit.

 

Atasi Muka Berpeluh Setelah Pakai Pelembap

 


NOTA: Kenali dahulu jenis kulit wajah cikpuan dan keadaan kulit sebelum memilih pelembap.
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Terima kasih kerana membacanya.