Wanita mempunyai ratusan pilihan beg tangan dengan warna, corak, saiz, struktur, bentuk dan kemasan yang berbeza-beza.
Oleh sebab itu, wanita perlu berhati-hati memilih beg tangan yang digunakan untuk tujuan profesional seperti untuk ke tempat kerja. Jadi bagaimanakah rupa bentuk beg tangan yang sesuai untuk wanita bawa ke tempat kerja?
Terdapat 5 ciri-ciri utama yang menjadikan beg tangan sesuai dibawa ke pejabat.
WARNA
Buat wanita yang bekerjaya, terdapat beberapa ciri penting dalam pemilihan beg tangan yang sesuai dibawa ke tempat kerja. Antaranya ialah berwarna neutral. Warna neutral seperti putih, hitam, kelabu, biru dan merah tua sesuai dijadikan pilihan kerana warna ini mudah disesuaikan dengan persekitaran. Sifat warna ini yang versatil menjadikan warna ini sesuai digayakan walaupun digunakan beberapa kali.
SAIZ
Seterusnya, saiz beg haruslah sederhana besar dan jenama beg tidak terlalu menonjol. Ciri-ciri di atas perlu diberi penekanan yang lebih kerana saiz beg yang besar, diikuti dengan jenama beg yang terlalu menonjol akan membuatkan perhatian tertumpu hanya kepada aksesori tersebut. Justeru, mesej tidak dapat disampaikan dengan begitu berkesan.
REKAAN
Dari segi rekaan beg pula, rekaan yang ringkas dan minimal perlu dijadikan pilihan semasa memililh beg tangan yang ingin dibawa ke tempat kerja. Rekaan beg yang terlalu padat dan sarat dengan perincian akan membawa mesej yang dan tidak menggambarkan imej seorang yang profesional.
BENTUK DAN STRUKTUR
Bentuk dan struktur beg pula haruslah stabil. Sebelum membuat keputusan untuk membeli beg tangan, anda haruslah memastikan bahawa permukaan bawah beg adalah kukuh dan tidak mudah rosak. Permukaan bawah yang mudah terkopek kulitnya adalah tanda-tanda bahawa anda telah tersilap memilih beg tangan. Setiap sisi beg perlulah diteliti terlebih dahulu termasuk struktur di bahagian tepi beg dan juga ketahan tali pemegang beg.
Langkah ini mungkin tampak tidak begitu penting, namun walaupun anda telah memilih beg yang yang menepati ciri2 di atas tetapi jika strukturnya tidak tahan lasak, maka itu adalah satu pembaziran.