Pernahkan cikpuan mengalami keadaan seperti di bawah?

“Kulit saya sering rasa pedih apabila pakai produk kulit.”

“Kulit saya mudah merah-merah dan gatal. Sensitif sungguh pada apa sahaja termasuk persekitaran!”

“Semakin umur saya bertambah, kulit saya juga jadi bertambah teruk. Dulu lembut, sekarang kering dan kasar.”

Sekiranya cikpuan alami perkara di atas, ada kemungkinannya acid mantle cikpuan telah rosak. Apa itu acid mantle?

A – Acid Mantle

  • Acid mantle ialah lapisan pelindung yang wujud secara semulajadi pada permukaan kulit. Nama lain acid mantle ialah hydro-lipid film.
  • Acid mantle terdiri daripada sebum yang dirembeskan dari kelenjar minyak, peluh, sel-sel kulit mati dan lipid.
  • Fungsi utama acid mantle ialah mempertahankan badan daripada serangan bakteria, virus, bahan tercemar dari persekitaran dan bendasing yang berbahaya.
  • Acid mantle juga berfungsi menghalang kehilangan kelembapan pada kulit dan memastikan kulit lembap, lembut dan anjal.
  • Acid mantle yang sihat bersifat sedikit berasid iaitu sekitar pH 5.5.
  • Adalah penting untuk memilih dan memakai produk penjagaan kulit yang serasi dengan pH kulit agar pH acid mantle ini terjaga.
  • Apabila kulit terdedah kepada produk penjagaan kulit yang mempunyai pH yang tinggi, acid mantle akan rosak dan pHnya menjadi tidak sihat.
  • Apabila pH acid mantle ini lari daripada asal, mudahlah bakteria, virus, bahan tercemasr dan bendasing yang berbahaya menyerang ke dalam kulit.
  •  Acid mantle yang rosak boleh mengakibatkan kekeringan, pengelupasan, gatal-gatal, kulit menjadi tegang, kemerahan-merahan dan kulit menjadi sensitif.
  • Acid mantle yang rosak juga boleh menyebabkan ekzema, psoriasis, dermatitis, keradangan kulit dan jerawat.
  • Jagalah acid mantle dengan baik. Ambil tahu kandungan produk yang dipakai pada kulit dan elakkan diri daripada terdedah pada persekitaran yang tidak sihat.

Ilmu Penjagaan Wajah - Acid Mantle

Saya akan memulakan perkongsian berkaitan kulit dan penjagaan kulit berpandukan turutan abjad. Perkongsian ini akan saya labelkan dengan #KamusKulit. Hari ini kita mulakan dengan huruf A. Pastikan cikpuan ikuti perkongsian ini ya. Saya percaya semua wanita perlu tambah baik ilmu berkenaan penjagaan wajah supaya lebih jelas dan faham keperluan kulit wajah sendiri.