Cikpuan WAJIB Tahu! Perbezaan Ketara Di Antara Brightening vs Bleaching.

Dalam #MisiKulitKorea, kulit yang cerah memang menjadi salah satu sasaran pengguna seperti saya.

Apabila disebut cerah, bukan bermakna putih melepak.

Kulit akan jadi lebih cerah (skin becomes brighter) apabila:
Kulit bersih
• Kulit tidak kusam
• Sel kulit mati ditanggalkan
• Masalah kulit minimum atau tiada
• Kulit cukup lembap dan pori-pori kelihatan kecil
• Kulit tidak berminyak
• Tona kulit sekata

Ciri-ciri di atas menggambarkan makna kulit cerah yang lebih tepat!

Perubahan tona warna kulit apabila kulit semakin cerah memang berlaku. Namun tidaklah sehingga putih melepak. Selalunya akan lebih cerah satu atau dua tona daripada asal.

Dalam rutin penjagaan kulit orang Korea, kulit lebih cerah (brighter skin) juga digambarkan seperti ada ‘glow’ dari dalam kulit.

Sebaliknya kulit putih melepak pula digambarkan seperti dilunturkan warna gelap pada kulit asal itu daripada luar.

Majoriti produk penjagaan kulit Korea yang dilabel ‘brightening’ atau ‘whitening’ adalah selamat untuk digunakan pada hampir semua jenis kulit. Ia tidak bersifat melunturkan (bleaching).

Bahan yang sering digunakan dalam produk ini ialah arbutin iaitu sejenis ekstrak daripada daun pokok mulberry atau bearberry.

Arbutin secara semulajadi mempunyai sifat mengurangkan proses penghasilan melanin iaitu pigmen yang menyebabkan warna coklat pada kulit.

 

Terima Kasih!