Cara Memilih Kasut Bertumit

Kasut bertumit bukan menjadi pilihan utama dalam pemakaian harian, tetapi sesuai digayakan bersama pakaian yang elegan dan menarik. Pemakaian kasut bertumit sering dikaitkan dengan acara rasmi seperti majlis makan malam, mesyuarat, kerja atau pembentangan.

Kasut bertumit perlu diberi perhatian kerana terdapat dua punca utama iaitu sakit pada tumit apabila seluruh berat badan tertumpu pada berat kaki, serta kesalahan dalam pemilihan rekaan kasut yang boleh menyebabkan jari-jari kaki terhimpit di bahagian hadapan. Pemilihan kasut bertumit yang tidak sesuai bukan sahaja menjejaskan keselesaan, malah boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan kaki.

Berikut cara memilih kasut bertumit iaitu:

1. Bahagian Muncung Kasut.

a) A-Shaped ( Poited Toe Box)

• Muncung tirus yang sesuai untuk saiz kaki wanita yang kecil seperti saiz 4, 5 dan 6.
• Potongan tirus kasut tersebut memberikan sifat formal pada pemakaian.

b) B-Shaped (Square Toe Box)

• Muncung rata pada kasut tersebut sesuai untuk saiz kaki wanita yang agak besar seperti saiz 7, 8 dan 9.
• Potongan kasut ini akan memberi keselesaan semasa memakai.

c) C- Shaped (Round Toe Box)

• Muncung melengkung atau bulat pada kasut tersebut sesuai dengan semua jenis kaki.
• Namun rekaan kasut ini lebih bersifat semi formal atau kasual.

2. Bahagian Tumit Kasut

• Fungsi kelebaran tumit kasut bertujuan menampung berat badan seseorang wanita.
• Memilih kelebaran saiz tumit kasut mengikut berat badan.
• Semakin banyak pergerakan yang dilakukan, semakin sesuai memilih kasut bertumit lebar bagi memastikan kestabilan dan keselesaan
sepanjang hari.

3. Material dan Rekaan Dalaman Kasut Bertumit

• Perlu mengambil kira faktor-faktor lain seperti material, lapisan dalam kasut dan kekemasan jahitan bagi memastikan keselesaan pada kaki.

Kasut bertumit memberikan keyakinan kepada penampilan seseorang wanita. Reka bentuk yang sesuai dengan bentuk kaki, ketinggian tumit yang seimbang serta kekemasan dalaman kasut bertumit yang berkualiti tinggi merupakan antara perkara penting yang perlu diambil kira.

Share

Artikel Terkini

Tip Memakai Warna Ungu

Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Tip Pilih Seluar Mengikut Bentuk Badan

Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Tip Mengayakan Warna Maroon

Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca

1 month lepas

Adakah anda tahu bagaimana mahu memulakan perubahan imej?

Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca

1 month lepas

Mengapa Pemilihan Warna Tudung Itu Penting Bagi Wanita?

Pemilihan warna tudung merupakan elemen penting dalam gaya pemakaian seorang wanita. Terutamanya bagi wanita yang… Teruskan Membaca

2 months lepas