Anti Penuaan

Cara Mengatasi Kulit Kusam?

Kulit kusam? Masalah kulit kusam merupakan salah satu kebimbangan utama untuk kaum wanita. Namun tahukah cikpuan bahawa kulit kusam dan lesu sebenarnya merupakan antara tanda pertama penuaan?

Apa yang cikpuan perlu buat sekiranya mengalami masalah kulit kusam? Adakah produk yang cikpuan gunakan tidak sesuai dengan kulit cikpuan sehingga menyebabkan kulit wajah kelihatan kusam?

Apakah cara untuk mengatasi masalah kulit kusam? Apakah punca terjadinya kulit kusam? Apakah produk yang sesuai untuk pulihkan kulit kusam?

Pertama, jangan lupa pakai sunscreen atau pelindung matahari! Jangan sesekali cikpuan skip daripada memakai sunscreen.Kenapa? Kerana, sekiranya cikpuan tidak memakai sunscreen, inilah yang menyebabkan kulit muka cikpuan rosak. Nanti mulalah terjadinya penuaan, kedut sana sini dan banyak jeragat jerawat apa semua.

Jadi, cikpun perlu ingat pelindung matahari (sunscreen) WAJIB dipakai kerana sinar UV boleh merosokkan sel kulit dan menyebabkan kulit cikpuan menjadi kasar dan kelihatan kusam.

Cikpuan boleh pilih sama ada mahu gunakan sunscreen (pelindung matahari) yang mengandungi minimum SPF 30 dan PA++ atau yang lebih tinggi amat digalakkan iaitu SPF 50 dan PA++++.

Kedua, serum. Adakah cikpuan menggunakan serum setiap hari? Apakah kelebihan serum? Secara umumnya, kulit muka yang kusam boleh dirawat dengan menggunakan serum setiap hari.

Tetapi cikpuan haruslah pilih serum yang membantu melembutkan kulit dari dalam dengan membekalkan nutrien untuk sel kulit.

Ingat ya cikpuan, serum dan sunscreen boleh dipakai setiap hari selepas cikpuan mencuci muka. Serum dipakai selepas mencuci muka dan sebelum memakai sunscreen ya!

 

Terima Kasih! Semoga bermanfaat buat cikpuan semua😊

 

Artikel Terkini

Cara Penjagaan Kasut

Penjagaan kasut yang jarang dipakai atau hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu sering kali diabaikan, namun… Teruskan Membaca

7 days lepas

Cara Memilih Blouse Untuk Ke Tempat Kerja

Blouse merupakan salah satu pilihan pakaian yang sering digayakan untuk ke tempat kerja, sama ada… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Tip Pilih Pakaian Untuk Wanita Rendah

Wanita yang berbadan rendah sering menghadapi cabaran dalam memilih pakaian yang sesuai agar kelihatan lebih… Teruskan Membaca

1 month lepas

Cara Susun Wardrobe Secara Bijak

Penyusunan wardrobe yang kemas mampu memberikan keselesaan pandangan serta mewujudkan ruang penyimpanan yang lebih teratur.… Teruskan Membaca

2 months lepas

Bagaimana Memilih Corak Bergaris Pada Pakaian

Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca

3 months lepas