Langkah untuk mencuci muka tidak perlu rumit.
Namun adalah penting untuk cikpuan mengetahui bahawa terdapat cara yang betul dan cara yang salah untuk membersihkan kulit muka kitta.
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pencuci muka seperti pencuci muka safi, pencuci muka nivea, pencuci muka garnier, simple, cosmoderm dan yang lain-lain sama ada di drugstore seperti hermo, watson dan guardian ataupun shopping online seperti Lazada, Shopee dan sebagainya.
Sekarang ni semuanya berada di hujung jari, senang sahaja.
Cari je pencuci muka apa yang cikpuan nak dan terus beli online tapi cikpuan kena tahu kelebihan pencuci muka tu apa?
Apa isi kandungan yang terdapat dalam pencuci muka tersebut?
Selain mendapatkan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit, mencuci muka dengan betul amat membantu untuk cikpuan mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.
Langkah-langkah yang cikpuan perlu ikuti untuk membersihkan wajah adalah bergantung kepada jenis pembersih yang digunakan.
Namun hasil yang disasarkan dengan pencuci muka apa sekalipun pun adalah sama seperti kulit yang licin, lembut, segar, tidak kering, tidak rasa ketat, tidak kemerah-merahan dan tidak kusam.
Kali ini saya kongsikan cara dan tip mencuci muka dengan pencuci jenis berbuih (foam).
Pertama, Basahkan Muka. Setelah mekap ditanggakan, basahkan muka dengan air bersuhu bilik (bukan air suam atau panas) ya cikpuan.
Kedua, Letakkan Pencuci Muka Ke Tapak Tangan. Picit botol pencuci muka dan letakkan pencuci muka dalam kuantiti seakan syiling 20 sen ke atas tapak tangan.
Ketiga, Gosok Kedua Tangan. Gosok kedua belah tangan cikpuan untuk meratakan pencuci muka. Kemudian campur dengan sedikit air dan gosok kedua belah tangan lagi sehingga pencuci muka menjadi berbuih.
Keempat, Bersihkan Muka. Sapukan buih pencuci pada muka dan kawasan sekitar mata cikpuan dengan gerakan memutar yang lembut. Guna hanya jari manis dan jari hantu. Lakukan ini selama 20-30 saat.
Terakhir, Bilas Muka. Bilas wajah menggunakan air bersuhu bilik sehingga kulit tidak terasa ada buih atau saki baki pencuci muka lagi.
NOTA: Semoga tips ini bermanfaat untuk cikpuan sekalian. Terima kasih kerana membacanya!