glowwe

Cara Penggunaan “SERUM” Yang Betul

SALAH CARA PAKAI SERUM?

Sudah beli serum, pakai serum tetapi tidak kelihatan kesan baiknya pada kulit?

Ramai yang masih tertanya-tanya bila nak pakai serum?

Waktu bila yang paling ‘mustajab’ untuk pakai serum ? Siang atau malam?

Ini lah common question yang biasa cikpuan semua akan tertanya-tanya.Betul tak?

Jadi, cara penggunaan serum yang salah boleh menjadi puncanya. Ini antara kesalahan biasa dalam penggunaan serum dan saya sertakan pembetulannya.

1. Serum hanya boleh dipakai sekali sehari dalam kuantiti yang terlalu sedikit.

✔️ Untuk kesan yang lebih baik, gunakan serum sebanyak dua kali sehari sahaja. Satu di waktu siang, satu lagi di waktu malam sebaiknya sebelum tidur.

2. Tidak perlu memakai pelindung suria setelah menggunakan serum pada waktu siang.

✔️ Serum akan terurai apabila terkena sinar ultra ungu. Pastikan penggunaan serum selalu diikuti dengan pelembap dan pelindung suria.

 3. Tidak menggunakan toner sebelum menggunakan serum.

✔️ Toner (jenis water-based) membantu serum menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik.

 4. Wajah tidak dibersihkan dengan sempurna sebelum memakai serum.

✔️ Serum mesti dipakai setelah wajah dibersihkan dan disapu toner. Ini akan menjadikan bahan aktif dalam serum menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit tanpa dihalang oleh kekotoran atau sel kulit mati.

 5. Tidak menggunakan serum mengikut turutan kepekatan.

✔️ Turutan asal penggunaan serum ialah pencuci muka ➡️ toner ➡️ essence ➡️ SERUM ➡️ pelembap ➡️ pelindung suria. Jika serum lebih cair daripada essence, gunakan serum terlebih dahulu diikuti essence dan produk selanjutnya.

 6. Tidak mengurut dan menggosok serum dengan rata pada kulit.

✔️ Urutan dan gosokan lembut pada wajah setelah menggunakan serum membantu meningkatkan kadar serapan serum ke dalam kulit.

 

NOTA: Bukan sahaja penting untuk dapatkan serum yang berkualiti dan terbukti bagus, cara guna pun perlu betul dan dipakai dengan konsisten.

Terima kasih kerana membacanya. Semoga bermanfaat buat cikpuan dan rakan-rakan yang lain.

Lihat Komen

Artikel Terkini

Bagaimana Memilih Corak Bergaris Pada Pakaian

Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Cara Yang Betul Pilih Beg Tangan

Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Jenis – Jenis Gelang Tangan Wanita

Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Memakai Warna Putih

Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca

2 months lepas

Warna Pakaian Ke Temu Duga

Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca

2 months lepas