Penampilan

Cara Pilih Corak Untuk Baju Kurung Dan Jubah

Cara Pilih Corak Untuk Baju Kurung Dan Jubah :: Selain polos, corak-corak yang saya kongsikan kali ini sangat sesuai untuk digunakan pada baju kurung atau jubah.

Corak yang manakah sudah ada dalam koleksi cikpuan?

TIP: Corak medallion mempunyai pelbagai jenis dan gabungan warna. Corak ini sesuai dipakai sebagai pelengkap gaya sama ada pada hujung tudung atau hujung jubah.

 

TIP: Corak paisley mempunyai garisan seperti bentuk air mata (teardrop). Disebabkan corak ini mempunyai bentuk berlingkar, ia membantu wanita yang kurus untuk kelihatan berisi sekiranya dipakai pada keseluruhan pakaian.

 

TIP: Damask ialah corak berlingkar yang mengandungi motif bunga, haiwan dan buah-buah. Disebabkan corak ini padat dan penuh, ia lebih sesuai digayakan pada kawasan tubuh yang kurang penuh seperti hujung baju, hujung kain atau kawasan bahu.

 

TIP: Corak geometri yang sesuai untuk tubuh yang mempunyai lekuk (curvy body). Selain membantu menyorok kekurangan, corak geometri juga boleh mengalih perhatian. Jadi pilih pakaian dengan corak geometri yang berada pada kawasan kecil tubuh seperti hujung lengan baju dan hujung kain.

 

TIP: Corak bunga melambangkan kelembutan dan keayuan. Pilih corak bunga yang ada jarak di antara setiap satunya untuk elak kelihatan sarat, penuh dan berat.

 

TIP: Garis menegak (vertical stripes) membantu berikan ilusi kurus. Ketebalan garisan perlu seiring dengan rangka saiz badan agar kelihatan seimbang.

 

TIP: Pilih corak polka dot mengikut saiz rangka badan. Jika rangka tubuh kecil, elok pakai saiz polka dot kecil.Jika rangka tubuh sederhana dan besar, elok pakai saiz polka dot sederhana.

 

Share

Artikel Terkini

6 Jenis Singkat Dan Fungsinya

Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca

6 days lepas

Tip Memakai Warna Ungu

Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Tip Pilih Seluar Mengikut Bentuk Badan

Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Tip Mengayakan Warna Maroon

Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca

1 month lepas

Adakah anda tahu bagaimana mahu memulakan perubahan imej?

Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca

1 month lepas