Etika Hadiri Kenduri Kahwin

Apabila tiba musim cuti sekolah, pastinya banyak jemputan kenduri kahwin yang diterima.

Saya mahu kongsikan 1 etika yang baik di amalkan ketika hadir ke kenduri-kenduri kahwin.

Nasi dan lauk yang diambil dan diletakkan di pinggan sebaiknya dihabiskan.

Maka, ambillah dalam jumlah yang sederhana.

Jika mahu tambah, tidak salah untuk bangun dan ambil sedikit lagi nasi atau lauk yang diingini.

Jangan ambil terlalu banyak sehingga banyak berlebihan makanan tidak dimakan di atas pinggan.

Hormati makanan. Hormati majlis. Hormati tuan rumah.

Siapa ada menghadiri kenduri kahwin minggu ini?🙋‍♀️

#PuanMary #GuruImej
#EtikaItuImej