Puan Mary

Idea Pakaian Untuk Majlis Makan Malam

Apabila anda dijemput untuk menghadiri majlis makan malam, perkara pertama yang difikirkan semestinya pakaian.

Banyak soalan yang sering bermain di fikiran seperti nak pakai baju apa, warna, jenis baju yang sesuai dengan tema dan lain-lain.

Majlis makan malam ini termasuklah majlis makan malam syarikat, majlis perasmian dan apa sahaja majlis yang diadakan pada waktu malam.

Setiap majlis makan malam yang anda bakal hadiri itu, kebanyakannya mempunyai tema atau dress code tertentu.

Kebiasaannya pada kad jemputan akan tertera info seperti tema dan dress code. Walaupun tidak dinyatakan dress code, pastikan pakaian yang dipakai itu bersesuaian dengan tema majlis.

Untuk wanita, anda sememangnya mempunyai pelbagai pilihan pakaian yang boleh dipakai ke majlis makan malam tersebut.

Walaupun begitu, bagi wanita yang bertudung, fesyen dan pakaian yang dipakai mestilah sopan, sesuai dan kemas.

Berikut adalah idea pakaian wanita yang boleh dipakai ke majlis makan malam:

Dress

Dress mempunyai pelbagai jenis, gaya dan reka bentuk. Jadi anda boleh memilih mana-mana jenis dress yang sesuai dengan bentuk badan serta tema majlis makan malam yang akan dihadiri.

Sekiranya dress yang anda pilih tidak sesuai dengan tema majlis, maka boleh cari pakaian lain yang lebih sesuai dengan tema. Berikut adalah idea rekaan dan corak dress untuk ke majlis makan malam.

Selain itu, di bawah ini pula adalah tip ringkas untuk pilih dress:

  • Bagi wanita rendah dan mempunyai ketinggian 160 cm ke bawah, anda boleh memilih dress yang berjalur, bercorak ataupun kosong. Hal ini kerana, ia akan memberikan ilusi ketinggian dan keseimbangan pada tubuh badan.
  • Sekiranya anda seorang yang tinggi melebihi 160 cm dan ke atas, anda boleh memakai apa sahaja corak dan jenis dress. Tetapi, tidak digalakkan untuk memilih dress yang mempunyai corak atau perincian yang menambahkan lagi kelebaran tubuh badan.
  • Tambahkan perincian seperti rantai, gelang dan sebagainya jika dress yang dipilih itu kosong dan tidak mempunyai corak.
  • Pilih dress berdasarkan bentuk badan. Jika anda bertubuh pear, sebaiknya berikan tumpuan pada bahagian atas badan seperti perincian pada baju ataupun tudung.

Blazer / suit lengkap

Anda boleh memakai blazer sekiranya tema atau dress code bagi majlis makan malam yang anda hadiri itu adalah bersifat formal atau semi formal.

Kebiasannya, majlis makan malam adalah acara yang kasual dan santai. Tetapi jika ia dihadiri oleh tetamu penting dah memerlukan acara perasmian dan sebagainya, maka pakaian anda mestilah bersesuaian dengan situasi dan kehendak majlis tersebut.

Anda juga boleh memakai blazer sahaja ataupun satu set lengkap dengan seluar. Berikut adalah contoh blazer yang anda boleh pakai ke majlis makan malam terutamanya jika mereka menetapkan dress code 2 pieces.

Anda boleh pilih untuk pakai blazer dengan skirt ataupun satu set suit yang lengkap dengan seluar.

Blouse + skirt atau seluar

Bukan sahaja dress, suit, atau blazer sahaja yang boleh dipakai untuk ke majlis makan malam syarikat atau seumpamanya. Blouse dengan seluar atau skirt juga boleh dipakai ke majlis makan malam tersebut selagi mana ia sesuai dengan tema majlis.

Anda boleh memilih untuk pakai satu set blouse dengan seluar ataupun skirt mengikut kesesuaian dan keselesaan.

Kini, terdapat banyak fesyen dan pilihan blouse untuk dipilih dan dipakai mengikut acara tertentu. Berikut adalah contoh set blouse dengan skirt atau seluar yang boleh dipakai ke majlis makan malam.

Baju kurung moden

Baju kurung juga boleh dipakai ke majlis makan malam. Terdapat pelbagai rekaan dan corak baju kurung moden yang sesuai untuk digayakan pada majlis makan malam.

Walaupun anda perlu mengikuti tema atau dress code yang ditetapkan, tetapi baju kurung juga sesuai digayakan mengikut tema majlis tersebut.

Baju kurung yang mempunyai perincian tertentu dan ditambah pula dengan aksesori, membuatkan anda tampil lebih eksklusif dan elegan. Berikut adalah contoh baju kurung moden yang boleh disuai padan mengikut situasi dan tema majlis makan malam.

Sebagai penutup, anda boleh pilih dan pakai apa sahaja jenis pakaian untuk ke majlis makan dengan pelbagai corak, gaya dan personaliti anda.

Haruslah pilih pakaian yang sopan dan sesuai dengan bentuk badan anda. Anda juga tidak disarankan untuk pilih baju yang ketat dan singkat.

Tambahkan juga aksesori supaya tidak nampak terlalu ringkas dan mekap untuk menaikkan seri wajah.

Artikel Terkini

Jenis-Jenis Seluar Yang Membantu Kelihatan Langsing Apabila Dipakai

Bukan mudah untuk mencari seluar yang sesuai dan membantu anda untuk kelihatan langsing. Ia memerlukan… Teruskan Membaca

3 days lepas

Warna Tudung Yang Wanita Wajib Ada

Tidak dinafikan di pasaran ketika ini banyak pilihan warna tudung sehingga rambang mata dan keliru… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Jenis-Jenis Inner Tudung Yang Wanita Perlu Tahu

Inner tudung atau disebut juga sebagai anak tudung menjadi satu keperluan untuk wanita yang bertudung.… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Etika Beraya

Saya yakin  ramai yang berasa teruja untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini setelah sebulan… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

7 Ciri-Ciri Asas Baju Raya Yang Baik

Saya sememangnya mementingkan praktikaliti pakaian raya kerana pada pagi raya kita akan melakukan pelbagai aktiviti… Teruskan Membaca

1 month lepas