Influential Conversationalist VS Overpowering Conversationalist

“Influential Conversationalist VS Overpowering Conversationalist”

Pernahkah cikpuan berjumpa dengan seseorang yang menguasai perbualan apabila berada dalam satu kumpulan yang sedang bergaul dan berbual?

Menguasai perbualan tidak semestinya bersifat negatif. Dalam konteks ini, menguasai perbualan bermakna orang itu paling banyak bercakap atau bersuara dalam sesi perbualan tersebut.

Ada dua kategori orang yang menguasai perbualan:

Pertama

Seseorang yang menguasai perbualan dan kita merasai dia seorang yang menyenangkan. Tutur katanya tersusun rapi, sedap didengar dan kita rasa mahu berbual lebih panjang. Kita cenderung dan suka bertanya soalan kepadanya kerana kita mengiktiraf dia seorang yang ada ilmu atau pakar bidang dan dia boleh memberi respon yang bermaklumat.

Kategori pertama ini saya selalu sebut sebagai IC (Influential Conversationalist).

Kedua

Seseorang yang menguasai perbualan dan kita merasai dia seorang yang tiada tolak ansur dalam bertutur. Kebiasaannya dia akan kelihatan keterlaluan dalam menyampaikan mesej pertuturannya. Pertuturannya menunjukkan dia sahaja yang betul dan orang lain dikesan olehnya seperti ada sahaja yang tidak kena atau tidak cukup.

Apabila orang lain memberikan respon, dia akan membalas dengan perkataan, suara, mimik muka, gerak tangan yang membuatkan orang lain rasa tidak selesa. Berbual dengan orang begini, kita mudah mahu berdiam dan tidak mahu bertanya lanjut walaupun kita tahu dia seorang yang mahir dalam bidang tersebut.

Kita juga akan ada perasaan mahu perbualan tamat segera kerana kita mahu segera beredar daripadanya. Kategori kedua ini saya sebut sebagai OC.

Saya pernah berjumpa dan berbual dengan kedua-duanya. Cikpuan pernah berbual dengan seorang yang IC atau OC?

#PuanMary #GuruImej
#KomunikasiItuImej

Share

Artikel Terkini

Bagaimana Memilih Corak Bergaris Pada Pakaian

Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Cara Yang Betul Pilih Beg Tangan

Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Jenis – Jenis Gelang Tangan Wanita

Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Memakai Warna Putih

Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca

2 months lepas

Warna Pakaian Ke Temu Duga

Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca

2 months lepas