Cuaca panas yang melanda di negara ketika ini menyebabkan badan berasa tidak selesa dan panas.

Pastinya anda akan memilih fabrik yang sesuai untuk elakkan rasa panas dan tidak selesa tersebut.

Jika anda ingin tahu tentang jenis fabrik yang sesuai dan membuatkan badan anda sejuk, artikel ini adalah untuk anda.

Fabrik yang disenaraikan ini adalah ringan, breathable, menyejukkan badan dan selesa dipakai secara harian.

Kapas (cotton)

Kapas adalah kain yang paling banyak digunakan untuk pakaian. Ia adalah fabrik paling popular. Keselesaan, ketahanan serta fabriknya yang serba boleh menjadikan kapas sebagai pilihan yang baik untuk peralatan tempat tidur, tekstil dan pakaian.

Kain kapas merujuk kepada jenis tekstil yang diperbuat daripada gentian semula jadi pokok kapas.

Ia terkenal kerana sifatnya yang mampu menyerap kelembapan, mempunyai tenunan yang agak longgar serta membolehkan udara mengalir dengan mudah. Kapas juga dianggap sebagai fabrik yang paling popular di dunia.

Contoh fabrik cotton (sumber: uniqlo.com)

Mengapa fabrik kapas menjadi pilihan ketika musim atau cuaca panas?

Kapas adalah pilihan yang tepat untuk pakaian ketika cuaca panas kerana ia mempunyai banyak kelebihan.

Pada musim panas, suhunya lebih tinggi berbanding hari biasa. Sifat menyerap lembapan seperti peluh pada fabrik kapas juga adalah tinggi. Hal ini menjadikanya sebagai pilihan yang selesa, sesuai dan praktikal.

Antara kelebihan kain fabrik kapas ini adalah seperti berikut.

  1. Selesa
  • Salah satu ciri utama kapas ialah kelembutannya yang berbeza daripada jenis fabrik lain. Antara sebab kapas menjadi pilihan yang popular untuk pakaian kerana tahap keselesaannya yang tinggi.
  1. Non-Allergenic
  • Disebabkan kapas berasal daripada bahan semula jadi, ia tidak menyebabkan sebarang reaksi seperti alahan dan gatal-gatal apabila memakainya.
  1. Versatil
  • Kapas adalah serat yang mempunyai fungsi yang pelbagai. Ia boleh ditenun atau dikait ke dalam pelbagai jenis fabrik yang lain seperti Chambray, Corduroy atau Lace. Di samping itu, ia juga biasa digunakan dalam pelbagai jenis tekstil seperti pakaian formal, pakaian sukan dan peralatan tempat tidur.
  1. Breathability
  • Kapas dikenali dengan sifat breathable berbanding fabrik yang lain seperti poliester. Sekaligus menjadikan fabrik kapas ini lebih sesuai dipakai pada musim atau cuaca panas.
  • Selain itu, terdapat juga fabrik kapas yang direka khas untuk menyerap lembapan serta memastikan anda lebih sejuk dan kering sewaktu bersukan.
  1. Mudah dijaga
  • Seperti yang diketahui, kapas adalah salah satu fabrik yang mudah dijaga kerana mudah dicuci dengan tangan atau mesin basuh serta cepat kering apabila dijemur.

Linen

Fabrik seterusnya yang sesuai dipakai ketika cuaca atau musim panas adalah linen.

Linen ialah sejenis tekstil yang diperbuat daripada gentian tumbuhan rami. Ia adalah fabrik semula jadi yang terkenal dengan kekuatan, ketahanan dan breathability.

Di samping itu, linen juga antara fabrik yang popular untuk pakaian dan tekstil rumah seperti peralatan tempat tidur dan alas meja.

Linen juga terkenal dengan keupayaannya untuk memastikan badan sejuk dalam cuaca panas kerana ia mudah menyerap peluh atau lembapan.

Contoh fabrik linen (sumber: uniqlo.com)

Oleh itu, antara kelebihan fabrik linen adalah seperti berikut.

  1. Ketahanan
  • Linen adalah salah satu fabrik yang kuat, tahan lasak serta susah untuk lusuh walaupun banyak kali dibasuh.
  1. Breathability
  • Fabrik ini bersifat breathable dan membolehkan udara beredar di sekeliling badan kerana fabrik ini tidak melekat pada badan. Oleh itu, ia memberikan kesan penyejukan, terutamanya apabila ada angin bertiup melalui fabrik tersebut.

Rayon

Fabrik lain yang sesuai dipakai pada ketika cuaca panas atau musim panas adalah rayon.

Rayon adalah fabrik yang diperbuat daripada cellulose fibers iaitu derivatif daripada wood pulp, cotton linters atau bahan yang berasaskan tumbuhan lain.

Selain itu, rayon juga dirujuk sebagai sutera buatan kerana teksturnya yang lembut, licin dan ringan.

Fabrik rayon mudah menyerap dan breathable menjadikannya sesuai untuk pakaian ketika cuaca panas serta pilihan popular untuk pakaian sukan dan kasual.

Rayon juga biasanya dicampur dengan gentian lain seperti kapas, sutera atau poliester untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanannya.

Contoh fabrik rayon (sumber: uniqlo.com)

Antara kelebihan fabrik rayon adalah seperti berikut.

  1. Versatil
  • Kain atau fabrik rayon adalah versatil kerana ia boleh digunakan untuk mencipta pelbagai gaya pakaian daripada kasual hingga formal.
  • Ia juga boleh digunakan sebagai pengganti sutera (silk) kerana sifatnya yang lembut dan berkilau.
  1. Lembut, sejuk dan selesa
  • Keistimewaan lain fabrik rayon ini adalah mempunyai tekstur yang lembut, licin dan memberikan keselesaan pada kulit apabila dipakai.
  • Mempunyai keselesaan yang sama seperti kapas dan linen.
  1. Breathable dan mudah serap lembapan
  • Rayon juga adalah fabrik yang mempunyai ciri penyerapan lembapan yang sangat baik serta membantu memastikan anda berasa sejuk dan kering, walaupun dalam cuaca panas.

 

Sebagai kesimpulan, untuk memastikan anda kekal sejuk dan selesa ketika musim panas, pilihlah fabrik yang disarankan dengan warna yang bersesuaian.

Pemilihan warna yang betul juga memainkan peranan penting selain daripada fabrik. Warna yang cerah seperti putih dan kuning lebih sejuk berbanding warna yanng gelap seperti hitam dan merah.

Oleh itu, pilihlah pakaian yang sesuai dengan cuaca ketika ini untuk elakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti strok haba.