Apa yang cikpuan tahu tentang “Brush Make Up“? Saya rasa kanak-kanak zaman sekarang lebih arif tentang berus mekap ini kan? Betul tak apa yang saya katakan ini ?😅
Adakah cikpuan menggunakan brush make up mengikut kegunaannya atau cikpuan pakai saja apa yang ada di depan mata ya? 😅
Ada pelbagai jenis berus mekap dan salah satu daripadanya adalah foundation brush yang selalu cikpuan akan guna ataupun mungkin cikpuan hanya menggunakan “tangan” untuk meratakan foundation itu.
Di bawah ini , terdapat beberapa jenis berus mekap dan fungsinya sekali yang saya akan kongsikan. Semoga bermanfaat buat cikpuan!
Sesiapa di antara cikpuan yang selalu menggunakan berus mekap ini pasti cikpuan ini “Pengguna Tegar” untuk berus-berus mekap ini kan!
Jadi di sini, ada 11 jenis berus mekap yang terdiri daripada
Seterusnya, mari kita lihat apa pula kegunaan atau fungsi untuk setiap jenis-jenis berus mekap ini.
1) Angle Brush selalunya untuk blusher, bronzer, highlighter dan contour. Jadi , sekiaranya cikpuan suka menggunakan blusher di pipi boleh juga menggunakan berus mekap Angle Brush ini.
2) Foundation Brush. Sudah semestinya cikpuan tahu foundation brush ini untuk apa kan? Tetapi foundation brush ini untuk foundation berbentuk cair sahaja.
3) Powder Brush untuk bedak (loose powder/setting powder) diletakkan pada keseluruhan wajah. Jadi selepas cikpuan selesai meratakan foundation, cikpuan boleh lah menggunakan powder brush untuk meratakan loose powder pada keseluruhan wajah.
4) Blusher Brush adalah untuk kegunaan blusher pada pipi sahaja ya!
5) Face Flat Brush untuk kegunaan foundation yang dalam berbentuk cecair atau krim berbanding dengan Foundation brush pula hanya untuk foundation berbentuk cecair sahaja di setiap sudut wajah.
6) Eye shadow Brush ini adalah untuk mengambil pigment eye shadow dengan kuntiti yang tepat untuk diletakkan pada kelopak mata.
7) Blending Brush adalah untuk blend make up (eye shadow) di kelopak mata cikpuan.
8) Fan Brush adalah untuk highlighter pada tulang pipi cikpuan.
9) Eyebrow Brush untuk mengisi atau melukiskan kening menggunakan eyebrow gel atau krim.
10) Lash Brush ini untuk merapikan bulu kening cikpuan yang tidak kemas ataupun dipakai untuk maskara pada bulu mata cikpuan itu.
11) Lip Brush ini adalah untuk gincu atau concealer pada bibir. Tak semestinya kita terus letakkan lipstick pada bibir kita tapi kita juga boleh menggunakan lip brush untuk letak gincu cikpuan supaya dia jadi lebih cantik.
NOTA: Semoga Bermanfaat buat cikpuan semua! Terima kasih kerana membacanya!
Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca
Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca
Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca
Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca
Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca