Setiap wanita mempunyai jenis dan warna gincu kesukaan yang selalu dipakai sama ada secara harian ataupun ke acara tertentu.
Namun, adakah anda tahu bahawa setiap gincu itu mempunyai kemasan akhir dan fungsi yangg berbeza?
Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan jenis-jenis gincu yang ditemui di pasaran atau yang selalu anda gunakan setiap hari.
Stick
- Seperti mana gincu jenis matte, jenis gincu stik ini juga adalah produk yang biasa dan mudah juga didapati di drugstore.
- Lip stick ini mempunyai pelbagai warna dan kesan seperti matte, satin atau glossy.
- Ia bersifat padat, tebal di bibir dan kurang minyak.
Balm
- Gincu jenis ini adalah produk bibir yang diciptakan khas untuk merawat bibir terutamanya untuk bibir yang kering.
- Ia berfungsi untuk menjaga kelembapan bibir.
- Biasanya mengandungi vitamin E dan SPF. SPF bertujuan untuk melindungi kulit daripada sinaran ultra ungu secara terus ke bibir.
- Selalunya lip balm tidak meninggalkan warna di bibir. Tetapi kini sudah ada lip balm yang mempunyai pelbagai warna serta perisa seperti oren, strawberi dan lain-lain.
Tint
- Biasanya lip tint ini suka digunakan oleh golongan remaja kerana ia memberikan kesan warna yang nipis dan kelihatan semula jadi.
- Tekstur lip tint ini lebih cair dan mudah kering di bibir kerana mengandungi air, gel serta alkohol.
- Lip tint ini tidak mengandungi lilin (wax) atau minyak.
- Sesuai dipakai secara harian dan mudah dipadankan dengan pelbagai rupa solekan.
Cream
- Gincu jenis ini lebih bertujuan untuk memberikan warna kepada bibir anda.
- Lip cream ini teksturnya lebih berkrim berbanding dengan lip stick.
- Walaupun begitu, ia juga boleh berikan kesan semi matte atau matte apabila dipakai.
Gloss
- Pengilat bibir atau lip gloss ini adalah produk bibir yang direka untuk tambahkan kilauan dan kemasan berkilat pada bibir.
- Formulasinya adalah dalam bentuk cecair atau gel dan terdapat dalam pelbagai warna dan tekstur.
- Biasanya ia ini berfungsi untuk meningkatkan warna semula jadi bibir atau menambah kilauan pada bibir.
- Lip gloss juga berikan kesan ringan pada bibir, rasa yang selesa, tidak melekit dan mengandungi bahan-bahan yang melembapkan bibir.
Sebagai penutup, pilihlah gincu yang sesuai dan serasi dengan bibir anda. Pilihan warna semua bergantung pada minat dan kecenderungan anda.
Lakukan exfoliate pada bibir untuk tanggalkan sel kulit mati supaya bibir kekal sihat, lembap dan cantik.
Antara jenis gincu di atas, yang manakah anda selalu pakai dan warna yang anda minat? Boleh kongsikan jawapan anda pada ruangan komen di bawah.