Kenapa mengenali warna yang sesuai dengan tona kulit dan personaliti PENTING untuk wanita yang bertudung?
1. Fabrik (tudung) pastinya ada warna. Jumlah fabrik (tudung) yang mengelilingi wajah pula bukan sedikit.
2. Dalam keadaan ini, warna tudung akan secara langsung memberikan kesan visual kepada seri wajah.
3. Warna tudung yang tidak sesuai dengan tona kulit akan menjadikan wajah kusam, pucat, lesu, menjadikan kekurangan (parut, jeragat dan pori-pori yang besar) pada kulit lebih jelas, nampak sakit dan tidak berseri.
4. Warna tudung yang sesuai dengan tona kulit pula akan menjadikan wajah segar, memudarkan kekurangan pada kulit dan wajah lebih berseri.
5. Wanita bertudung yang saya temui ramai yang mempunyai kecenderungan untuk tidak bermekap atau memakai mekap dengan kadar amat minimum.
6. Apabila memilih untuk tidak ‘menambah’ warna daripada mekap, maka kepentingan memilih warna tudung yang betul menjadi lebih kritikal.
7. Jika tersalah pilih warna tudung, maka wajah akan ‘tenggelam’ dek kerana ‘kalah’ dengan warna tudung.
8. Dalam bahasa perunding perunding imej, ini disebut sebagai “overwhelming colours”.
9. Dalam keadaan ini, warna tersebut boleh kelihatan terlalu menyerlah sehingga ada kemungkinan orang lain akan lebih mengingati warna tudung yang kita pakai berbanding potensi dan prestasi kita dalam kerjaya.
10. Saya percaya, warna tudung yang serasi dengan tona kulit dan personaliti dapat membantu urusan profesional dan sosial berjalan dengan baik.
11. Setiap warna secara umumnya mempunyai mesej yang tertentu. Ini dipanggil psikologi warna.
12. Apabila kita bijak memilih warna tudung yang berpadanan dengan mesej yang kita mahu sampaikan dalam urusan profesional dan sosial, kita dapat menjimatkan masa untuk menggunakan tutur kata untuk menerangkan mesej kita itu. The colours will do the talking for us.
13. Lebih menarik, warna-warna tudung yang selari dengan mesej yang kita mahu sampaikan, apabila dipakai secara konsisten, boleh menjadi personal brand atau jenama diri yang boleh mempengaruhi cara orang lain mengingati kita dan bisnes atau kerjaya kita.
Semoga perkongsian ini membantu cikpuan semua dalam memahami kepentingan memilih warna tudung yang tepat.
Pemakaian skirt kini semakin popular dalam kalangan wanita, baik yang bekerja mahupun suri rumah. Skirt… Teruskan Membaca
Hujung minggu ialah waktu yang sesuai untuk anda lakukan aktiviti produktif, termasuklah mengemas dan menyusun… Teruskan Membaca
Penampilan yang kemas dan profesional bukan sahaja penting bagi individu yang bekerja, tetapi juga bagi… Teruskan Membaca
Beg tangan ialah salah satu aksesori wanita yang penting kerana digunakan untuk menyimpan pelbagai barang… Teruskan Membaca
Masalah biasa yang selalu dialami apabila mencuci pakaian berwarna ialah warna pakaian menjadi luntur. Warna… Teruskan Membaca