Penampilan

Kombinasi Warna Pastel Dan Warna Neutral: Tip Bergaya

Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang.

Setiap kali anda keluar rumah sama ada ingin ke tempat kerja atau bersiar-siar, warna yang dipakai pastinya memberi mesej tertentu kepada orang lain yang melihat anda.

Pernahkah anda menggunakan kombinasi warna neutral dan pastel dalam satu-satu penampilan?

Pasti ramai dalam kalangan anda yang pernah menggabungkannya bukan? 

Ini kerana warna dalam dua kategori ini mudah untuk disuai padan.

Kombinasi warna pastel dan neutral menyampaikan mesej seperti elegan, sofistikated, lembut, ramah dan mesra kepada si pemakai.

Kelebihan Kombinasi Warna Pastel Dan Neutral

Warna pastel terkenal dengan sifatnya yang lembut.

Antara warna pastel yang popular ialah Baby Blue, Soft Pink, Pastel Yellow, Sage Green dan Lilac.

Warna-warna ini memberikan mesej seperti tenang, feminin dan lembut buat si pemakai.

Juga sesuai untuk dipakai untuk situasi yang pelbagai, sama ada kasual atau semi formal.

Apabila warna pastel ini digabungkan dengan warna neutral seperti Putih, Coklat, Kelabu, Hitam atau Biru Navy membuatkan penampilan anda lebih seimbang dan menarik.

Kelebihan lain kombinasi warna pastel dan neutral ini ialah tidak terlalu berlebihan dan menonjol dalam penampilan anda.

Warna-warna ini juga sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis aksesori.

Cara Menggayakan Warna Pastel Dan Neutral

Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk gabungkan kedua-dua warna dalam kategori ini.

Di bawah ini adalah cara yang boleh dilakukan supaya penampilan anda nampak lebih cantik dan menawan.

Gabungkan Warna Pastel Dengan Warna Putih

  • Untuk penampilan yang lebih feminin, boleh padankan blouse warna Baby Pink atau Soft Blue dengan seluar atau skirt putih.
  • Kombinasi warna ini sesuai dipakai untuk situasi kasual seperti keluar bersiar-siar, membeli-belah atau bercuti dengan keluarga.
  • Kombinasi warna pastel dengan warna neutral seperti Pastel Blue dengan Hitam juga boleh mencipta rupa yang profesional.
  • Contohnya satu set suit warna Navy Blue dengan tudung baju warna Pastel Blue.

Gabungan warna neutral dengan warna putih

Seimbangkan Corak Dan Warna

  • Jika anda memakai pakaian yang bercorak, pastikan corak tersebut tidak terlalu dominan atau menyerlah.
  • Warna pastel yang lembut sesuai digabungkan dengan corak minimalis seperti garis halus atau bunga kecil berwarna neutral.
  • Ini membantu mengelakkan penampilan yang terlalu sarat dan mengekalkan rupa yang seimbang.
  • Sebagai contoh, boleh pilih blouse bercorak bunga kecil berwarna Pink Pastel serta dipadankan dengan skirt neutral seperti Putih atau Coklat.

Seimbangkan warna dancorak pada pakaian

Gunakan teknik lapisan (layering)

  • Selain tip di atas, anda boleh juga gayakan warna pastel dan neutral menggunakan teknik layering.
  • Teknik layering ialah memakai dua atau tiga lapisan pakaian yang berbeza dalam satu-satu penampilan.
  • Sebagainya contoh, anda boleh pakai pakaian asas seperti blouse berwarna lavender, ditambahkan pula jaket atau cardigan berwarna Hitam atau Kelabu di atasnya.
  • Penggunaan teknik layering seperti ini mencipta rupa yang seimbang dan feminin.
  • Apabila menggunakan teknik layering ini, pastikan lapisan paling luar lebih panjang atau lebih longgar daripada pakaian di bahagian dalam.

Contoh padanan warna menggunakan teknik layering

Tambahkan Aksesori

  • Pemakaian aksesori juga membantu untuk menyerlahkan lagi penampilan anda.
  • Jika anda memakai pakaian berwarna pastel, boleh padankan aksesori dan kasut dengan warna neutral.
  • Sebaliknya, jika anda pakai pakaian warna neutral, padankan dengan sedikit sentuhan warna pastel pada aksesori.
  • Contohnya, anda memakai blazer warna Beige dengan seluar Hitam, boleh pilih beg tangan warna pastel seperti Dusty Rose.

Tambahkan aksesori sebagai pelengkap gaya anda

Kombinasi warna pastel dan warna neutral sahaja mudah dipadankan untuk pelbagai acara dan suasana.

Kesimpulannya, warna pastel dan neutral adalah warna yang mudah untuk suai padan.

Sekiranya anda ingin sampaikan mesej yang profesional dan rapi, boleh padankan warna neutral dengan sentuhan sedikit warna pastel.

Manakala untuk tujuan santai atau kasual, boleh pilih warna pastel dengan gabungan warna neutral.

Adakah anda peminat warna pastel? Atau anda suka pakai warna neutral?

Boleh kongsikan nama warna yang anda suka di ruang komen.

Artikel Terkini

Perbezaan Skirt Formal Dan Skirt Kasual

Pemakaian skirt kini semakin popular dalam kalangan wanita, baik yang bekerja mahupun suri rumah. Skirt… Teruskan Membaca

2 days lepas

Tip Mengurus Almari Pakaian

Hujung minggu ialah waktu yang sesuai untuk anda lakukan aktiviti produktif, termasuklah mengemas dan menyusun… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Tip Berpakaian Untuk Nampak Kemas & Profesional

Penampilan yang kemas dan profesional bukan sahaja penting bagi individu yang bekerja, tetapi juga bagi… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Cara Memastikan Beg Tangan Kemas & Terurus

Beg tangan ialah salah satu aksesori wanita yang penting kerana digunakan untuk menyimpan pelbagai barang… Teruskan Membaca

1 month lepas

Cara Kekalkan Warna Pakaian Supaya Tidak Cepat Luntur

Masalah biasa yang selalu dialami apabila mencuci pakaian berwarna ialah warna pakaian menjadi luntur. Warna… Teruskan Membaca

1 month lepas