Puan Mary

Lakukan Perkara Ini Untuk Kekal Wangi Sepanjang Hari

Sebagai seorang wanita, sememangnya anda ingin mengekalkan bau yang wangi sepanjang hari supaya lebih yakin dan tidak risau dengan masalah bau badan jika berjumpa atau bergaul dengan orang sekeliling.

Jadi, adakah anda Ingin mengetahui apakah tip yang boleh dilakukan oleh wanita untuk kekal wangi sepanjang hari? Pastikan anda teruskan membaca artikel ini sampai habis.

Antara tip yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

1. Sembur Minyak Wangi Pada Kulit Yang Lembap
– Adakah anda mengetahui bahawa minyak wangi akan tahan lebih lama jika disembur pada kulit yang lembap?
– Ya, minyak wangi yang dipakai pada kulit yang lembap akan membantu memberikan kesan supaya minyak wangi tahan lebih lama.
– Minyak wangi mestilah disembur terus pada kulit, bukan pada pakaian.
– Sembur minyak wangi dengan kuantiti mencukupi dan tidak berlebihan.

2. Sembur Minyak Wangi Pada Waktu Yang Sesuai
– Anda disarankan untuk menyembur minyak wangi selepas mandi kerana pada ketika itu kulit masih dalam keadaan lembut dan lembap.
– Jadi, minyak wangi akan menyerap pada kulit dengan lebih mudah dan tahan lebih lama.

3. Sembur Minyak Wangi Di Kawasan Yang Betul
– Sembur minyak wangi di kawasan yang betul akan memberikan ketahanan lebih lama pada bau.
– Minyak wangi mestilah disembur pada kawasan tubuh yang mempunyai denyut nadi seperti di pergelangan tangan dan di kawasan tengkuk.
– Hal ini kerana kawasan tersebut adalah kawasan yang mempunyai suhu lebih panas berbanding kawasan tubuh yang lain. Oleh itu, aroma minyak wangi lebih cepat tersebar.

Sembur Minyak Wangi Di Kawasan Yang Betul

4. Elakkan Menggosok Pergelangan Tangan
– Elakkan menggosok pergelangan tangan yang telah disembur dengan minyak wangi.
– Hal ini kerana, bahan atau formulasi yang terdapat di dalam minyak wangi adalah sangat lembut dan halus.
– Menggosok pergelangan tangan yang sudah disembur dengan minyak wangi boleh mengubah keseimbangan aroma minyak wangi tersebut.

5. Letakkan Minyak Wangi Di Tempat Yang Betul
– Pendedahan kepada cahaya matahari atau haba secara terus kepada minyak wangi boleh merosakkan ramuan dan baunya.
– Elakkan menyimpan minyak wangi di kawasan yang bersuhu panas ataupun kawasan yang mempunyai kadar kelembapan yang tidak stabil.
– Minyak wangi sebaiknya disimpan di kawasan bersuhu bilik.
– Anda boleh menyimpan minyak wangi di tempat atau rak khas yang disediakan di atas meja solek.

6. Pilih Wangian Yang Disukai
– Memilih minyak wangi yang disukai sebenarnya bergantung kepada pilihan peribadi.
– Secara umumnya, bau minyak wangi boleh dipecahkan kepada 4 kategori iaitu floral, oriental, fresh dan woody.
– Anda boleh memilih kategori minyak wangi yang anda sukai untuk dipakai setiap hari.
– Dengan pemilihan minyak wangi yang anda suka akan membuatkan anda rasa lebih yakin apabila berjumpa atau bergaul dengan orang sekeliling.

Pilih wangian yang anda sukai

Apabila anda kekal wangi sepanjang hari, ia bukan sahaja berikan kesan yang baik kepada diri sendiri tetapi juga orang sekeliling anda.

Berdasarkan tip yang diberikan di atas, semoga ia dapat membantu anda untuk kekal wangi dan segar sepanjang hari.

Jika anda mempunyai tambahan tip lain yang boleh diamalkan, tuliskan pada ruangan komen di bawah.

Artikel Terkini

Warna Tudung Yang Wanita Wajib Ada

Tidak dinafikan di pasaran ketika ini banyak pilihan warna tudung sehingga rambang mata dan keliru… Teruskan Membaca

6 days lepas

Jenis-Jenis Inner Tudung Yang Wanita Perlu Tahu

Inner tudung atau disebut juga sebagai anak tudung menjadi satu keperluan untuk wanita yang bertudung.… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Etika Beraya

Saya yakin  ramai yang berasa teruja untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini setelah sebulan… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

7 Ciri-Ciri Asas Baju Raya Yang Baik

Saya sememangnya mementingkan praktikaliti pakaian raya kerana pada pagi raya kita akan melakukan pelbagai aktiviti… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Padanan Warna Baju dan Tudung Raya 2024

Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Pastinya ramai yang membuat persiapan awal untuk… Teruskan Membaca

1 month lepas