Ada banyak jenis kemeja dan tali leher. Namun tak semua kemeja sesuai dipadankan dengan beberapa jeis tali leher. Pastinya tuan ingin mengetahui apakah corak atau warna tali leher yang sesuai dengan baju tuan. Lelaki bekerjaya perlu mahir memadankan tali leher dan kemeja agar mesej yang disampaikan melalui penampilan jelas dan sesuai dengan acara yang dihadiri.
Sebenarnya ada beberapa cara tan tip dalam padanan warna tali leher, bahkan hanya ada beberapa jenis sahaja tali leher yang sesuai untuk temuduga atau acara formal. Tapi, kali ini saya kongsikan teknik padanan kemeja dan tali leher. Tip ini lebih menumpukan kepada faktor corak pada kemeja dan tali leher tersebut.
Kemeja polos (plain) dipadankan dengan tali leher polos. Gaya ini sesuai untuk lelaki yang mahu tampil ringkas dan minimal.
Kemeja polos (plain) dipadankan dengan tali leher berjalur. Gaya ini menampakkan karakter profesional pada seorang lelaki.
Kemeja polos (plain) dipadankan dengan tali leher dengan corak paisley. Gaya ini amat sesuai untuk lelaki yang mahu kelihatan trendy namun tidak keterlaluan.
Kemeja dengan corak jalur dipadankan dengan tali leher polos (plain). Gaya ini sesuai untuk lelaki yang sukakan gaya sofistikated dan masih tampil formal.
Kemeja dengan corak jalur dipadankan dengan tali leher berjalur. Dengan syarat, jalur pada tali leher mempunyai ketebalan dan jarak yang berbeza dengan jalur pada kemeja.
Padanan begini sesuai untuk lelaki yang berani bergaya dan dicadangkan untuk lelaki dengan rangka sederhana.
Kemeja dengan corak jalur dipadankan dengan tali leher dengan corak paisley. Padanan begini sesuai untuk lelaki yang sukakan perhatian, gemarkan kelainan dan berjiwa seni.
Kemeja dengan corak plaid (kotak) dipadankan dengan tali leher polos (plain). Padanan begini sesuai untuk lelaki yang mahu kelihatan lebih santai dan sesuai digayakan dalam acara yang bersifat business-casual.
Kemeja dengan corak plaid (kotak) dipadankan dengan tali leher bercorak, sama ada paisley atau dot (seperti dalam gambar). Padanan begini sesuai untuk lelaki yang mahu menyampaikan mesej kasual namun bergaya.
Mana satu padanan kemeja dan tali leher (tie) pilihan tuan?
Memilih pakaian yang sesuai untuk wanita berbadan gempal atau berisi memerlukan sedikit perincian agar penampilan… Teruskan Membaca
Kasut bertumit bukan menjadi pilihan utama dalam pemakaian harian, tetapi sesuai digayakan bersama pakaian yang… Teruskan Membaca
Pemilihan warna tudung merupakan elemen penting dalam gaya pemakaian seorang wanita. Terutamanya bagi wanita yang… Teruskan Membaca
Pemilihan jam tangan yang sesuai bukan sahaja melengkapkan penampilan, malah mencerminkan personaliti seorang wanita. Dengan… Teruskan Membaca
Prinsip dalam penampilan bukan diukur berdasarkan saiz lebar, besar dan tinggi sebagai bentuk pengukur kecantikan.… Teruskan Membaca