Cuba lihat pada produk kulit atau mekap, ada tertulis SPF dengan nombor tertentu. Ada juga yang tertulis “PA” dengan bilangan + yang tertentu. Jadi, adakah cikpuan tahu apa perkara asas tentang perlindungan matahari ini?

Apakah maksud SPF dan PA ini?

Apakah kesan penggunaan produk dengan SPF dan PA kepada kulit kita?

Apakah ciri-ciri Perlidungan Matahari(SPF)?

Saya terima banyak persoalan yang dihantar melalui PM (private message) berkaitan SPF dan PA.

 

Maka kali ini saya kongsikan 5 perkara asas yang perlu kita tahu tentang perlindungan matahari.

 

1) Dua Jenis Sinaran Matahari

Perkara Asas Tentang Perlindungan Matahari

Ada dua jenis sinaran matahari. Pertama adalah UVA (Ultra Violet Aging) dan yang kedua ialah UVB (Ultra Violet Burning).

UVA boleh meresap jauh sehingga ke bahagian dalam kulit yang dipanggil dermis. Tisu penghubung dan saluran darah pada bahagian kulit ini boleh terjejas akibat UVA.

Kesannya kulit secara beransur-ansur kehilangan keanjalan dan mula kedut.

UVB pula adalah punca utama kepada kemerahan kulit dan selaran matahari (sunburn).

UVB boleh merosakkan lapisan epidermis iaitu lapisan paling luar dan paling nipis pada kulit manusia.

 

2) Fungsi Pelindung Matahari

Perkara Asas Tentang Perlindungan Matahari

Pelindung matahari perlu dipakai untuk mengelakkan kulit rosak akibat pendedahan terus kepada UVA dan UVB.

 

3) Dua Jenis Pelindung Matahari

Perkara Asas Tentang Perlindungan Matahari

Terdapat dua jenis pelindung matahari yang boleh dipakai pada kulit kita iaitu:

Sunscreen adalah pelindung matahari yang melindungi kulit daripada bahaya UVA.

Istilah PA digunakan untuk melambangkan kekuatan pelindung matahari tersebut daripada cahaya jenis ini.

Sunblock adalah pelindung matahari yang melindungi kulit daripada bahaya UVB.

Istilah SPF digunakan untuk melambangkan kekuatan pelindung matahari tersebut.

 

4) Cara Memilih Pelindung Matahari

Perkara Asas Tentang Perlindungan Matahari

Untuk memilih PA atau SPF yang sesuai, kita perlu tahu dua perkara:

i) Tahap sensitiviti kulit kita di bawah cahaya matahari

ii) Tempoh masa kita akan bekerja atau melakukan aktiviti yang mendedahkan kita kepada cahaya matahari secara terus

Untuk memilih PA, simbol “+” yang semakin banyak bermakna pelindung matahari itu semakin kuat untuk melindungi kulit daripada UVA.

Untuk kegunaan harian, PA+ atau PA++ adalah lebih sesuai.

Untuk memilih SPF, lihat nombor pada produk yang dipilih. Ada SPF 15, SPF 20, SPF 30 dan SPF 50.

Sekiranya kulit mula terbakar setelah 10 minit berada di bawah cahaya matahari, memakai produk dengan SPF 20 boleh memberikan anda perlindungan 20 kali ganda berbanding 10 minit.

Bermakna anda boleh bekerja di bawah cahaya matahari dengan selamat selama 200 minit (20 x 10 minit).

 

5) Cara Memakai Pelindung Matahari

Perkara Asas Tentang Perlindungan Matahari

Teknik memakai pelindung matahari mesti dibuat atau disapu dengan rata dan betul untuk mengelakkan UVA dan UVB.

1) Pakai 30 minit sebelum memulakan aktiviti di bawah sinaran matahari.

2) Sapu semula setiap dua jam setelah mengendalikan aktiviti.

3) Sapu dengan rata pada setiap bahagian yang terdedah pada sinaran matahari.

 

Perkara Asas Tentang Perlindungan Matahari

 

NOTA: Moga bermanfaat ya, buat sesiapa yang baru, sedang atau yang telah pun mengguna produk pelindung matahari ini. Kalau cikpuan nak cantik kenalah sentiasa pakai pelindung matahari ye cikpuan supaya muka cikpuan tak jadi breakout.

Terima kasih kerana membacanya! Saya amat menghargai masa cikpuan.