Penjagaan Kulit

Persoalan Berkenaan Produk SPF

Saya banyak menerima soalan berkenaan SPF. Saya kongsi jawapan bagi 3 soalan yang paling banyak saya terima berkenaan SPF.

 

Soalan 1: Benarkah Tidak Perlu Pakai Produk Pelindung Matahari Sekiranya Sudah Memakai Mekap Yang Mengandungi SPF?

1. Sekiranya cikpuan bekerja dalam keadaan terdedah kepada cahaya matahari secara terus untuk tempoh yang panjang, cikpuan perlu memakai produk pelindung matahari dengan SPF minimum bernombor 30.

2. Sekiranya krim/losyen pelembap atau mekap yang dipakai mempunyai SPF 30 atau lebih tinggi, produk pelindung matahari yang berasingan boleh tidak dipakai.

3. Namun tidak banyak produk lain seperti krim/losyen pelembap atau produk mekap mempunyai SPF yang tinggi kerana SPF yang tinggi akan mempengaruhi tekstur produk tersebut.

4. Foundation dan pelembap yang mengandungi SPF adalah memadai sekiranya mahu berada di luar bangunan untuk jangka masa pendek, seperti keluar pejabat ketika waktu makan tengah hari.

5. Apabila berada di bawah cahaya matahari untuk tempoh masa yang lebih lama, cikpuan perlu menggunakan produk pelindung matahari yang berasingan dan tidak hanya bergantung kepada krim/losyen pelembap atau mekap yang mempunyai SPF.

 

Soalan 2: Bila Pakai Pelindung Suria? Sebelum Pelembap Atau Selepas Pelembap? Sebelum Mekap Atau Bersama Mekap?

1. Pelindung suria, jika dipakai secara berasingan, dipakai selepas pelembap.

2. Menurut pakar kulit daripada American Academy of Dermatology, cara terbaik untuk memakai pelindung suria ialah selepas memakai pelembap dan pastikan terlebih dahulu pelembap sudah diserap oleh kulit dan tidak lagi rasa melekit (atau basah) apabila kulit muka disentuh.

3. Kemudian sapukan pelindung suria dengan rata pada wajah termasuk kawasan leher.

4. Tunggu sekitar 5 ke 10 minit (bergantung kepada tekstur pelindung suria tersebut) untuk pelindung suria diserap oleh kulit.

5. Kemudian, boleh diikuti dengan penggunaan alat-alat mekap seperti foundation, concealer, face powder dan lain-lain.

 

Soalan 3: Benarkah Perlu Pakai Pelindung Matahari Sejam Sebelum Keluar Rumah Barulah Pelindung Matahari Itu Berkesan?

1. Terdapat dua kategori pelindung matahari – pelindung matahari kimia (chemical sunscreen) dan pelindung matahari fizikal (physical sunscreen).

2. Perbezaan chemical sunscreen dan physical sunscreen ialah pada bahan di dalam produk tersebut yang membezakan cara pelindung suria tersebut berfungsi.

3. Bahan aktif di dalam chemical sunscreen yang biasa digunakan ialah Avobenzone, Octinoxate dan Homosalate.

4. Apabila cahaya matahari sampai pada permukaan kulit yang sudah disapu chemical sunscreen, sinar UV akan ditukarkan menjadi haba, dihalang daripada menembusi kulit dan kemudian haba ini akan dilepaskan dari kulit.

5. Bahan aktif di dalam physical sunscreen yang biasa digunakan ialah Zinc Oxide dan Titanium Dioxide

6. Apabila cahaya matahari sampai pada permukaan kulit yang sudah disapu physical sunscreen, sinar UV dilantunkan dan terhalang daripada menembusi kulit.

7. Sebaik sahaja disapu, physical sunscreen akan terus boleh menjalankan fungsinya.

8. Sebaliknya, chemical sunscreen memerlukan tempoh sekitar 20 ke 30 minit untuk menyerap pada permukaan kulit sebelum membentuk lapisan pelindung UV yang berfungsi dengan baik.

9. Oleh itu, hanya chemical sunscreen sahaja yang perlu dipakai minimum 20-30 minit sebelum keluar rumah atau bekerja di bawah cahaya matahari.

 

Semoga jawapan di atas membantu menjawap persoalan cikpuan berkenaan SPF.

Lihat Komen

  • saya seorang surirumah yg jarang keluar rumah kecuali utk sidai kain, siram pokok dan joging 30 min 2 kali seminggu sebelum pkl 9 pagi. 70 % hidup sy didalam rumah dan kawasan2 bertutup. Masihkah perlu utk pakai sunscreen?

Artikel Terkini

Tiga Gaya Blouse Untuk Tampil Lebih Manis

Pemilihan pakaian yang selesa ialah kunci utama untuk bergaya kasual dan santai. Blouse ialah pilihan… Teruskan Membaca

1 week lepas

4 Jenis Potongan Kaki Seluar

Memilih seluar panjang yang sesuai dengan bentuk badan ialah kunci utama untuk kelihatan kemas, bergaya,… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Tip Pilih Inner Tudung Wanita

Inner tudung atau anak tudung ialah salah satu elemen penting dalam pemakaian tudung. Ia berfungsi… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Kenapa Perlu Tukar Cadar Dan Sarung Bantal Dengan Kerap?

Menukar cadar dan sarung bantal mungkin seperti perkara remeh, tetapi ia memberi impak besar kepada… Teruskan Membaca

1 month lepas

Perbezaan Skirt Formal Dan Skirt Kasual

Pemakaian skirt kini semakin popular dalam kalangan wanita, baik yang bekerja mahupun suri rumah. Skirt… Teruskan Membaca

2 months lepas