Amalan mengambil bridesmaid dalam kalangan pengantin perempuan semakin popular pada masa kini.
Kebiasaannya bridesmaid diambil untuk membantu pengantin perempuan bagi melancarkan perjalanan keseluruhan majlis.
Saya yakin masih ramai pengantin yang ingin mencari padanan warna baju pengantin yang sesuai dengan bridesmaid atau warna tema untuk keluarga kedua-dua belah pihak. Atau juga mencari warna baju yang sesuai bagi pengapit?
Dalam artikel kali ini, saya kongsikan kepada anda semua beberapa pilihan warna baju yang sesuai dipadankan bersama.
Cadangan yang diberikan ini bukan sahaja boleh digunakan oleh bridesmaid, tetapi pengapit atau keluarga pengantin juga boleh pakai warna ini.
Antara warna popular baju pengantin tahun 2023 dan padanan warna yang sesuai adalah seperti berikut:
Warna baju bridesmaid seharusnya melengkapi warna baju pengantin tanpa mengambil alih tumpuan pasangan pengantin.
Di samping itu, warna atau rekaan pakaian yang dipilih oleh bridesmain tidaklah terlalu menyerlah berbanding pengantin.
Bridesmaid juga tidak digalakkan memilih warna baju yang hampir atau seakan sama dengan pengantin kerana ia akan tenggelamkan penampilan pengantin.
Sebaliknya, warna yang sesuai untuk dipakai oleh bridesmaid, pengapit dan lain-lain adalah warna yang kontra dengan baju pengantin.
Jika ada ada soalan berkaitan padanan warna pakaian yang sesuai dengan baju pengantin, boleh tinggalkan pada ruangan komen di bawah.
Kalau pengantin perempuan warna baby blue.. Family warna apa yang sesuai
Antara warna yang sesuai adalah seperti Warna Dark Blue, Taupe atau Smoky Violet.
kalau pengantin warna mint green.. bridesmaid pakai warna apa? keluarga pakai warna apa?
Cikpuan boleh pilih warna seperti Taupe, Pastel Pink, Nude atau Lilac.
Salam puan mary pengantin tema black gold. Family pengantin warna champagne gold sesuai ke puan mary? Dan warna champagne sesuai padanan dengan warna apa untuk tudung?
Waalaikummussalam. Sesuai. Boleh dipadankan dengan warna tudung seperti Dark Brown, Silver atau Ivory.
Salam puan, baju sanding saya colour light yellow gold with silver.. bole recommend baju family belah perempuan (tuan rumah) and family lelaki nk pkai colour apa x? Thank you in advance ☺️
Waalaikumussalam. Saya cadangkan untuk pilih warna yang kontra dengan baju pengantin seperti warna Dark Blue, Brown atau Olive Green.
Hai nk tnye kalau pengantin songket olive green ..family sesuai x pakai light grey xnak nampk pengantin tngelam
Sesuai. Antara warna lain yang boleh dipakai juga adalah seperti Nude/Beige, Light Pink atau Light Aqua.
Hai, kalau baju pengantin songket ada 2 tone colour pastel blue campur pastel pink. Bridesmaid sesuai warna apa ye?
Boleh padankan dengan warna seperti Grey, Pastel Purple atau Dusty Brown.
Hai, jika baju pengantin warna marron, apakah warna sesuai untuk baju keluarga dan pengapit
Hai, antara warna yang boleh dipadankan bersama warna Maroon ialah Beige, Nude, Sky Blue, Pastel Pink atau Sage Green.
Kalau pengantin songket warna brown warna apa yang sesuai untuk pengapit? Warna sage green sesuai ke?
Sesuai. Selain itu, warna lain yang juga sesuai dipakai ialah Grey, Soft Yellow atau Pastel Pink.
puan warna baju famili brisk oren warna apa yg sesuai bg songket pengantin?
Boleh pilih waarna yang lembut atau pastel seperti Nude, Soft Brown, Silver atau Soft Pink.
haii.. nak tnya,baju pengantin songket warna grey/silver,family sesuai baju warna apa ya.
Hai, boleh padankan dengan warna seperti Beige, Nude, Blush Pink, Pastel Purple, Navy Blue atau Taupe.
hai, mau tanya. kalau baju bridesmaid navy dan keluarga taro, warna baju pengantin yang cocok dengan warna navy dan taro apa ya ?
Hai, boleh padankan dengan warna Silver, Rose Gold atau Soft Brown.