Ada tak di antara cikpuan mempunyai masalah rambut gugur? Apa punca rambut cikpuan gugur? Bagaimana cara untuk mengatasi masalah rambut gugur?
KENAPA RAMBUT GUGUR? Mungkin Kulit Kepala Berminyak Adalah Penyebabnya.
Mari kita lihat kenapa rambut cikpuan boleh gugur?
▪️Pada dasar kulit kepala, wujudnya kelenjar minyak yang menghasillkan minyak semula jadi yang dinama sebum.
▪️Sebum ini berfungsi melembapkan kulit kepala agar rambut boleh tumbuh dengan sihat dan mempunyai tekstur yang kuat dan lembut.
▪️Kulit kepala boleh menjadi berminyak apabila kelenjar minyak ini terlalu aktif dan menghasilkan sebum berlebihan pada kulit kepala.
▪️Sebum berlebihan ini ini menarik kotoran lebih mudah, menghasilkan kelemumur dan menyebabkan helaian rambut melekat bersama.
▪️Lebih teruk lagi, kelenjar minyak yang aktif ini boleh menyumbat akar rambut dengan sebum yang berlebihan dan menyebabkan rambut gugur.
▪️Punca penghasilan sebum yang berlebihan oleh kelenjar minyak ini termasuk genetik, ketidakseimbangan hormon, diet dan lain-lain.
▪️Ketidakseimbangan hormon seperti yang berlaku semasa mengandung, menopaus atau akil baligh boleh mencetuskan kulit kepala berminyak.
Jadi, sekarang cikpuan sudah tahu kenapa rambut cikpuan gugur kan? Ada sesiapa di antara cikpuan yang mahu saya kongsikan cara mengatasi masalah rambut gugur? Kalau ada , sila komen dan sharekan artikel ini kepada rakan-rakan cikpuan.
Terima Kasih kerana sudi membaca ! 🥰
Memilih pakaian yang sesuai untuk wanita berbadan gempal atau berisi memerlukan sedikit perincian agar penampilan… Teruskan Membaca
Kasut bertumit bukan menjadi pilihan utama dalam pemakaian harian, tetapi sesuai digayakan bersama pakaian yang… Teruskan Membaca
Pemilihan warna tudung merupakan elemen penting dalam gaya pemakaian seorang wanita. Terutamanya bagi wanita yang… Teruskan Membaca
Pemilihan jam tangan yang sesuai bukan sahaja melengkapkan penampilan, malah mencerminkan personaliti seorang wanita. Dengan… Teruskan Membaca
Prinsip dalam penampilan bukan diukur berdasarkan saiz lebar, besar dan tinggi sebagai bentuk pengukur kecantikan.… Teruskan Membaca