Penampilan

Rupanya Ini Adalah Perbezaan Antara Blouse Formal dan Tak Formal

Amalan memakai blouse ke tempat kerja bukanlah sesuatu yang salah. Jika di sektor swasta, ia biasa dilihat dan dipakai oleh wanita selain daripada pakaian tradisional seperti baju kurung, baju kebarung dan lain-lain.

Sebahagian pekerja di sektor swasta dan sektor awam boleh menggunakan apa-apa sahaja pakaian selain daripada pakaian tradisional.

Jadi, blouse menjadi pilihan utama selain daripada kemeja. Oleh itu, di bawah ini adalah panduan untuk anda memilih blouse dengan ciri-ciri tertentu yang khusus untuk dipakai ke tempat kerja.

Memakai blouse ke tempat kerja tidaklah salah. Cuma anda perlu pandai memilih blouse yang betul. Secara umumnya, berdasarkan rekaan ada dua jenis blouse di pasaran iaitu:

i. Blouse shirt

Blouse ini mempunyai placket. Placket ini berada di bahagian tengah blouse yang bentuknya seakan-akan kemeja. Di bahagian tengah blouse itu juga mempunyai butang dari atas hingga ke bawah.

Blouse shirt

ii. Fashionable blouse

Blouse yang tidak mempunyai placket.

Fashionable Blouse

Jika anda hendak tahu blouse yang sesuai untuk dipakai ke tempat kerja dan patut diutamakan ialah blouse shirt iaitu blouse yang mempunyai placket (blouse shirt).

Walau bagaimanapun, blouse yang selain daripada blouse shirt itu tidaklah dilarang untuk dipakai ke tempat kerja. Ada juga sesetengah fashionable blouse yang dibenarkan untuk dipakai ke tempat kerja. Namun, ia bergantung pada warna, corak serta potongan blouse tersebut.

Secara umumnya, perkara yang akan dibincangkan adalah cara untuk memilih corak, potongan serta rekaan yang betul dan sesuai untuk dipakai ke tempat kerja sama ada blouse shirt ataupun fashionable blouse.

Walaupun anda memakai blouse ke tempat kerja tetapi ia tidaklah kelihatan seperti anda hendak pergi ke tempat-tempat yang santai seperti pusat beli-belah, pasaraya dan sebagainya. Blouse yang hendak dipakai mestilah kelihatan kemas, neat, tidy, profesional, elegan dan sesuai untuk ke tempat kerja.

Ada 4 elemen utama yang perlu anda nilai sebelum memilih blouse ke tempat kerja. Antaranya ialah:

1. Corak pada blouse
Apabila anda memilih corak pada blouse, corak yang diutamakan adalah corak yang polos atau kosong (plain). Anda boleh memilih sebarang warna asalkan warna tersebut adalah warna yang solid (tiada sebarang corak seperti bunga, daun dan lain-lain) untuk ke tempat kerja agar kelihatan lebih kemas dan profesional. Warna yang paling diutamakan adalah yang plain.

Blouse kosong

Tetapi, jika anda sudah bosan dengan blouse yang kosong, anda juga boleh memakai blouse yang bergaris tegak ataupun bercorak bunga. Cuma, anda dinasihatkan supaya tidak memilih corak bunga yang terlampau heavy di mana rekaan bunga itu besar, tebal dan saiz yang mengganggu mata. Sebaliknya, anda perlu memilih corak yang boleh blend in dengan latar belakang supaya corak itu tidak terlalu ketara, padat dan besar.

Corak yang blend in dengan latar belakang

Tidak mengapa jika anda ingin memakai blouse yang berbunga-bunga, tetapi blouse itu mestilah dipadankan dengan kain ataupun seluar yang kosong serta tudung yang bersesuaian. Anda juga tidak digalakkan untuk memakai tudung yang bercorak bunga sekiranya blouse yang dipakai itu berbunga-bunga.

Blouse bercorak bunga

2. Perincian pada blouse
Tidak kira anda bekerja di tempat yang terbuka seperti di kafe ataupun di tempat tertutup seperti pejabat, blouse yang dipakai itu mestilah mempunyai perincian yang ringkas.

Ropol-ropol pada blouse adalah tidak formal dan ia perlu dielakkan. Lipatan ataupun corak pada bahagian hujung lengan baju itu boleh ada tetapi tidaklah terlalu menyerlah dan menjadi tumpuan.

Blouse yang mempunyai perincian ropol tidak sesuai dipakai ke pejabat

Blouse yang sarat dengan perincian seperti ropol, riben dan sebagainya adalah blouse yang kelihatan tidak formal. Blouse seperti itu lebih sesuai untuk dipakai ketika bersiar-siar, bercuti dan lain-lain situasi yang tidak formal.

Apabila anda memilih blouse anda mestilah melihat dan membandingkan (look and compare) terlebih dahulu. Tidak semua blouse itu sesuai dipakai ke tempat kerja.

3. Fabrik pada blouse
Fabrik ini juga adalah salah satu elemen penting yang perlu anda tekankan terutamnya pada wanita muslimah. Untuk wanita bukan muslim, anda juga perlu ambil tahu tentang hal ini. Fabrik yang dipilih untuk blouse itu tidaklah terlampau jarang.

Jika blouse yang anda beli itu sesuai dipakai ke tempat kerja dari segi corak dan potongan tetapi blouse itu jarang, anda perlulah memakai inner wear untuk memastikan blouse itu tidak kelihatan nipis dan jarang. Sekiranya anda mempunyai pilihan blouse lain yang tidak jarang, ia adalah lebih baik dan digalakkan.

Inner wear

Di samping itu, fabrik blouse itu mestilah lightweight dan tidak berat seperti fabrik jaket dan sweater. Fabrik untuk blouse yang paling sesuai dipilih adalah lightweight dan tidak jarang.

Fabrik blouse

4. Labuh blouse
Jika anda seorang yang bertubuh kecil dan kurus, anda boleh memakai blouse pada paras pertengahan pinggul. Anda mestilah padankan blouse itu dengan seluar ataupun kain yang tidak terlampau ketat.

Di samping itu, jika anda seorang yang full-sized woman, paras labuh blouse anda perlulah menutupi pinggul dan tidak melebihi lutut iaitu berada di paras pertengahan antara pinggang dan lutut. Jika blouse anda terlampau labuh, ia akan kelihatan seperti dress labuh dan tidak sesuai untuk dipakai ke tempat kerja.

Blouse muslimah

Cara lain untuk mengukur labuh blouse juga adalah dengan merapatkan tangan ke badan anda dalam keadaan lurus ke bawah. Kemudian, lihat kedudukan jari hantu anda. Itulah paras yang paling labuh dan sesuai untuk blouse anda jika anda sukakan gaya muslimah.

Paras labuh blouse

Semoga dengan perkongsian ini, ia dapat memberi panduan dan membantu anda untuk memilih blouse yang betul dan sesuai dipakai ke tempat kerja. Walaupun blouse itu mempunyai pelbagai bentuk, potongan, saiz dan corak, namun tidak kesemuanya sesuai untuk dipakai ke tempat kerja.

Ada blouse yang boleh dipakai ke tempat kerja dan ada juga blouse yang tidak digalakkan untuk dipakai ke tempat kerja. Jadi, anda perlu menilai terlebih dahulu 4 elemen yang dinyatakan di atas sebelum membeli atau memakainya ke tempat kerja.

Jadi blouse yang manakah anda selalu pakai ke tempat kerja? Jika anda ada sebarang pertanyaan lain mengenai blouse, boleh kongsikan di ruangan komen.

Artikel Terkini

Kenapa Self-Care Penting Untuk Mencapai Hidup Yang Seimbang?

Dalam dunia yang serba canggih dan pantas ini, ramai yang sering sibuk dengan tugasan harian… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Etiket Digital: Cara Menjaga Profesionalisme di Media Sosial

Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca

1 month lepas

Etika Majlis Rasmi: Apa yang Perlu Anda Tahu

Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca

2 months lepas

Trend Baju Oversized: Sesuaikah Dipakai Oleh Wanita Rendah?

Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca

2 months lepas

Kombinasi Warna Pastel Dan Warna Neutral: Tip Bergaya

Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca

2 months lepas