Unik dan Ekslusif – Inilah yang ditampilkan oleh Seminar Imej 360 oleh Puan Mary pada 7 April 2018 berlangsung di IDCC Shah Alam. Membawa tema “Ekslusifkan Dirimu”, pihak penganjur telah membawa satu konsep kewanitaan yang premium dalam seminar ini.
Khas hanya untuk wanita, dengan kehadiran mencecah 300 orang untuk program kali pertama dianjurkan, menerima sangat banyak maklum balas yang baik.
1 hari Seminar Imej 360 memberi fokus kepada pembangunan imej wanita dalaman dan luaran. Topik yang diterokai ialah
Para peserta juga menerima sentuhan dari pakar motivasi yang terkenal, Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah, yang menyentuh tentang jiwa dan keterampilan bagi seorang wanita yang terpuji. Antara perkara yang dikongsi adalah petua urus diri tempat kerja dan rumah, doa-doa pilihan dan perkongsian istimewa tentang pengalaman beliau sendiri.
Antara keunikan Seminar Imej 360 ini ialah diadakan sesi interaksi atau praktikal selepas membelajari teori. Sebagai contoh, peserta diajar untuk mengenal pasti bentuk badan mereka, kemudian mereka diberi masa untuk mencari dan meneroka kaunter yang dibuka oleh penjual pakaian dan produk wanita (digelar Puan Mary Partners).
Peserta berpeluang mengenal pasti pakaian yang sesuai dengan mereka dari samada dari segi potongan, corak, warna dan perincian.
Terdapat 4 Puan Mary Partner yang menyertai Seminar Imej 360 kali ini adalah:
Pemilihan untuk menjadi Puan Mary Partner dipilih dengan teliti kerana bagi memastikan setiap jenama yang dipilih bersesuaian dengan konsep dan objektif Seminar Imej 360. Terima kasih diucapkan kepada semua Puan Mary Partner di atas kesudian menyertai Seminar Imej 360 kali ini.
Sesi alunan band secara ‘live’ disajikan sewaktu sesi praktikal berlangsung.
Para peserta yang mendapatkan 20 kerusi LV Plus menerima konsultasi secara individu bersama Puan Mary sebagai lanjutan dari program. Sesi ini berlangsung selepas seminar dan Puan Mary membantu peserta secara lebih terperinci untuk menambah baik imej diri lebih terperinci dan secara tak langsung meningkatkan keyakinan diri setiap wanita yang menerima konsultasi ini.
Keistimewaan yang lain, para peserta menerima pelbagai alat bantu imej yang di reka khas oleh pihak Puan Mary diguna terus di dalam program dan dapat diguna secara berterusan selepas program. Ilmu yang mereka pelajari akan mampu praktik untuk diri sendiri dan untuk keluarga sejurus selesai seminar Imej 360.
Antara alatan tersebut ialah:
Semua alat ini adalah yang pertama dalam Malaysia dan di hasilkan setelah kajian intensif oleh Puan Mary dan tim selama lebih setahun.
Seminar Imej 360 membawa kelainan yang tersendiri, samada sebagai peserta mahupun sebagai Puan Mary Partners.
Garis pada pakaian merupakan elemen fesyen yang telah lama wujud dan kekal relevan sehingga ke… Teruskan Membaca
Pemilihan beg tangan bukan sahaja bergantung kepada cita rasa atau trend semasa, tetapi perlu disesuaikan… Teruskan Membaca
Gelang tangan merupakan antara aksesori penting yang disarankan untuk dimiliki oleh setiap wanita sebagai pelengkap… Teruskan Membaca
Warna putih merupakan pilihan yang mudah digayakan dan sesuai untuk dipakai. Dengan padanan fabrik yang… Teruskan Membaca
Menghadiri temu duga merupakan satu situasi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dan kebanyakan individu… Teruskan Membaca