GINCU PERTAMA DI DUNIA DICIPTA OLEH LELAKI MUSLIM DAN DIKONGSIKAN FORMULA PEMBUATANNYA DI DALAM KITAB ALBUCASIS!
1. Kitab Al-Tasreef adalah sebuah ensiklopedia perubatan yang amat berpengaruh dalam bidang perubatan dan pembedahan moden.
2. Kitab ini yang ditulis sekitar tahun 1000 Masihi oleh seorang pakar bedah berbangsa Arab dan beragama Islam yang bernama Abu Al-Qasim Khalaf ibn Al-Abbas Al-Zahrawi atau dikenali dengan nama Al-Zahrawi.
3. Di Barat, Al-Zahrawi lebih dikenali sebagai Albucasis dan beliau diangkat sebagai “Bapa Pembedahan Moden” atas sumbangan besar beliau dalam bidang pembedahan terutama penciptaan prosedur pembedahan serta alat-alat pembedahan.
4. Kitab Al-Tasreef diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gerard of Cremona pada abad ke-12 dan dimasukkan illustrasi bergambar untuk rujukan tambahan pembaca.
5. Selama lima abad iaitu sehingga abad ke-17, kitab ini menjadi sumber utama untuk perubatan Eropah dan berfungsi sebagai rujukan ulung untuk doktor dan pakar bedah seluruh dunia.
6. Kitab Al-Tasreef mengandungi 30 bab termasuk penerangan terperinci tentang anatomi tubuh, klasifikasi penyakit, maklumat tentang pemakanan dan pembedahan, dan bahagian-bahagian mengenai ubat, ortopedik, oftalmologi, farmakologi dan nutrisi.
7. Dalam bab ke-19 kitab tersebut, Al-Zahrawi juga menulis dan berkongsi hasil kajian beliau berkaitan kosmetik. Bab ke-19 kitab ini dinamakan Adwiyat Al-Zinah atau Medicine of Beauty.
8. Al-Zahrawi percaya bahawa bidang kosmetik adalah cabang kepada bidang perubatan di mana alat-alat kosmetik bertujuan bukan sahaja untuk kecantikan juga boleh berfungsi untuk perubatan dan penyembuhan.
9. Al-Zahrawi adalah orang pertama yang menciptakan gincu pepejal yang diperbuat daripada wangian dibentuk menjadi pepejal (perfume stick), diwarnakan dan dimasukkan ke dalam acuan khas sebelum dipakai dan dikenali sebagai gincu.
10. Selain gincu pepejal, Al-Zahrawi juga menulis di dalam kitab Al-Tasreef tentang deodoran, losyen tangan, pewarna rambut, penjagaan rambut, ubat untuk nafas berbau, alat semburan hidung dan banyak lagi.
11. Terdapat banyak hadis Nabi (S.A.W) berkaitan kebersihan, pengurusan pakaian dan penjagaan rambut dan tubuh. Atas dasar ini, Al-Zahrawi menulis berkaitan penjagaan dan pengindahan rambut, kulit, gigi dan bahagian badan yang lain dengan merujuk anjuran dalam Islam.
12. Hasil ciptaan dan tulisan beliau amat mempengaruhi bidang kecantikan dan perkembangan produk kosmetik seluruh dunia sehingga kini.