Gaya Dan Fesyen

Tip Berpakaian Kemas Dan Rapi

Tidak ada individu yang tidak sukakan kekemasan. Semua orang sukakan kekemasan. Hal ini termasuklah cara berpkaian, mengemas rumah dan seumpamanya.

Apabila memakai pakaian kemas dan rapi, pastinya ia dapat meningkatkan keyakinan diri dan membuat anda tersenyum sepanjang hari.

Kali ini akan berkongsi tip untuk berpakaian kemas dan rapi dalam apa jua situasi atau acara.

1. Pakai pakaian yang selesa

Bagi memastikan pakaian yang dipakai itu kelihatan kemas, anda perlu memakai pakaian yang selesa dengan  saiz yang bersesuaian dengan bentuk badan.

Pilih pakaian dengan saiz yang betul dan corak yang sesuai supaya anda akan kekal kelihatan kemas dan rapi.

Pakaian yang terlalu longgar atau terlalu ketat akan membuatkan anda tidak selesa dan kelihatan tidak kemas.

2. Cipta gaya dan fesyen sendiri

Apabila anda tahu cara untuk menggayakan pakaian dengan fesyen tersendiri, anda pasti kelihatan lebih kemas dan rapi.

Gaya dan fesyen yang anda cipta untuk diri sendiri membuatkan anda berasa selesa dan lebih yakin.

Anda boleh meluangkan sedikit masa untuk membuat carian di internet supaya dapat membandingkan gaya yang sesuai dengan personaliti.

3. Pastikan pakaian tidak berkedut

Apa sahaja pakaian yang dipakai mestilah bergosok dan tidak mempunyai kedutan yang ketara. Apabila anda memakai pakaian yang berkedut, ia akan membuatkan penampilan anda tidak kemas.

Pastikan pakaian digosok dengan betul supaya tiada kesan seterika atau sebagainya yang melekat pada fabrik sama ada tudung, baju atau seluar.

4. Mengemas almari pakaian

Bagi mengekalkan penampilan yang kemas dan rapi tanpa mengira jenis baju yang dipakai, anda perlu memastikan almari pakaian sentiasa disusun atur dengan baik.

Anda boleh kitar semula atau buang dengan cara yang betul sekiranya ia sudah tidak boleh digunakan lagi.

Kemudian gantikan pakaian yang sudah tidak boleh digunakan itu dengan pakaian yang baru.

5. Elakkan memakai pakaian yang sudah koyak atau lusuh

Apa sahaja yang anda pakai sama ada baju, seluar atau tudung, pastikan ia berada di dalam keadaan yang bersih.

Elakkan pakai sekiranya berada dalam keadaan yang sudah koyak, lusuh dan sebagainya kerana ia akan membuatkan anda kelihatan tidak kemas dan profesional.

Jika ingin ke tempat kerja atau apa sahaja acara, pastikan pakaian yang dipakai berada dalam keadaan yang bersih, kemas dan cantik.

A closeup picture of a part of the jeans that is a bit torn

Sebagai kesimpulan pakailah pakaian yang bersih, kemas dan rapi walau di mana juga anda berada. Bukan sahaja untuk tujuan kerja, mesyuarat dan sebagainya tetapi juga di rumah.

Artikel Terkini

Pilihan Gaya Blouse Untuk Wanita Gempal (Curvy)

Memilih pakaian yang sesuai untuk wanita berbadan gempal atau berisi memerlukan sedikit perincian agar penampilan… Teruskan Membaca

1 day lepas

Cara Memilih Kasut Bertumit

Kasut bertumit bukan menjadi pilihan utama dalam pemakaian harian, tetapi sesuai digayakan bersama pakaian yang… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Mengapa Pemilihan Warna Tudung Itu Penting Bagi Wanita?

Pemilihan warna tudung merupakan elemen penting dalam gaya pemakaian seorang wanita. Terutamanya bagi wanita yang… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Tip Memilih Jam Tangan

Pemilihan jam tangan yang sesuai bukan sahaja melengkapkan penampilan, malah mencerminkan personaliti seorang wanita. Dengan… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Pakaian Untuk Wanita Lebar Dan Berisi

Prinsip dalam penampilan bukan diukur berdasarkan saiz lebar, besar dan tinggi sebagai bentuk pengukur kecantikan.… Teruskan Membaca

1 month lepas