Penampilan

Tip Gaya Selepas Bersalin

Ramai sungguh wanita bertanya, apakah pakaian yang sesuai untuk digayakan setelah bersalin dan mempunyai berat dan saiz badan yang berbeza?

Followers wanita saya meluahkan melalui PM (Private Message) bahawa mereka sudah hilang keyakinan untuk bergaya kerana tidak lagi mempunyai bentuk badan asal.

Saya juga bukanlah wanita yang mudah hilang berat yang saya perolehi semasa mengandung.

Di sini saya kongsikan gaya blouse yang boleh puan-puan jadikan panduan. Kesemua gaya yang saya kongsikan di sini mampu melitupi dan melindungi bahagian badan wanita yang sudah berbeza selepas bersalin.

Pertama, Gaya bahu tinggi. Kenapa cikpuan kena pilih blouse yang mempunyai bahu puffy? Kerana apabila cikpuan memakai blouse yang mempunyai bahu tinggi, dibahagian lengan akan rasa selesa dan tidak ketat.

Selain itu, apabila bahu cikpuan kelihatan tinggi ia dapat menyembunyikan ‘isi‘ yang berlebihan di bahagian lengan cikpuan itu. Jadi, tidak lah kelihatan seperti ada lemak di bahagian lengan tu kelihatan seperti menggeleber.

Kedua, gaya jalur pemisah. Blouse yang mempunyai piping atau jalur ditengah badan yang berwarna gelap amat digalakkan untuk cikpuan pakai sebagai gaya post-pregnancy.

Gaya seperti ini ‘membahagikan‘ badan kepada dua bahagian dan menjadikan badan nampak lebih kecil daripada sebelumnya.

Ketiga, gaya half and half. Apa yang dimaksudkan dengan half and half? Maksudnya ialah baju cikpuan itu dibahagikan kepada dua kategori. Satu bercorak menegak dan sebelahnya kosong (plain) dan berwarna gelap.

Rekaan sebegini menampakkan badan cikpuan kelihatan ramping kerana ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebelah bercorak menegak dan sebelah lagi berwarna gelap dan plain.

Akhir sekali, gaya contra layering. Apa maksud contra layering? Gaya contra layering ini amat sesuai untuk tampil santai tetapi mahu kelihatan elegan.

Gaya seperti contra layering ini, cikpuan harus memilih cardigan yang berwarna terang digandingkan dengan pakaian dibahagian dalam dan seluar yang berwarna gelap seperti hitam kerana akan menampakkan diri cikpuan kelihatan sangat elegan dan lebih menonjol.

NOTA: Bagi cikpuan yang baru sahaja lepas bersalin jangan pernah ada perasaan takut dan hilang rasa keyakinan untuk bergaya walaupun tidak lagi mempunyai bentuk badan yang asal.

Semoga info kali ini bermanfaat buat cikpuan semua ya! Terima Kasih😊

Artikel Terkini

Tip Pilih Inner Tudung Wanita

Inner tudung atau anak tudung ialah salah satu elemen penting dalam pemakaian tudung. Ia berfungsi… Teruskan Membaca

2 days lepas

Kenapa Perlu Tukar Cadar Dan Sarung Bantal Dengan Kerap?

Menukar cadar dan sarung bantal mungkin seperti perkara remeh, tetapi ia memberi impak besar kepada… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Perbezaan Skirt Formal Dan Skirt Kasual

Pemakaian skirt kini semakin popular dalam kalangan wanita, baik yang bekerja mahupun suri rumah. Skirt… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Tip Mengurus Almari Pakaian

Hujung minggu ialah waktu yang sesuai untuk anda lakukan aktiviti produktif, termasuklah mengemas dan menyusun… Teruskan Membaca

1 month lepas

Tip Berpakaian Untuk Nampak Kemas & Profesional

Penampilan yang kemas dan profesional bukan sahaja penting bagi individu yang bekerja, tetapi juga bagi… Teruskan Membaca

1 month lepas