Bila sebut pasal YES (Year End Sales), pasti kaum hawa seperti cikpuan akan ada rasa perasaan seperti teruja, gembira, dan tidak sabar menunggu masa itu kan. Siapa je perempuan yang tidak suka bila tibanya Year End Sales (YES)

Jadi, sebelum saya bagi tip atau bagaimana cara hendak kita gunakan peluang semasa jualan YES ( Year End Sales) ni berlangusung untuk cikpuan beli barangan yang berbaloi, saya nak tanya  apa yang cikpuan tahu tentang YES (Year End Sales)?

Apakah barang yang selalu cikpuan akan beli semasa jualan YES (Year End Sales) ini berlangsung? Dekat manakah cikpuan akan selalu belanja atau senang kata “Shopping” barang-barang cikpuan ? Adakah barang yang cikpuan beli itu berkualiti ataupun tidak?

Selalunya, Year-End Sales (YES) yang paling famous di e-commerce Marketplace Malaysia adalah seperti LAZADA, SHOPEE,  manakala di shopping complex pula adalah di SOGO. 

Jadi, mana satu pilihan cikpuan ?

Mari, saya terangkan tip atau cara membeli barang semasa Year End Sales (YES) !

1) Kasut

Tip Membeli Barang Semasa Year End Sales(YES)

Pertama, Kasut. Kenapa kasut? Mesti cikpuan tertanya-tanyakan kenapa kasut? Kenapa tak beg tangan ? Kenapa tak produk penjagaan kulit(skincare)? Sabar dulu ya cikpuan😅

Satu per satu, saya terangkan kenapa.

Begini, kenapa saya katakan kasut sebab kasut ni kita akan gunakan setiap hari (daily).

Tidak salah beli lebih tetapi berpada-pada ikut kemampuan masing-masing ya cikpuan.

Beli kasut biarlah dalam kualiti yang bagus, tahan lama sebab kita pakai kasut bukan untuk sehari ya cikpuan tapi mungkin berbulan-bulan ataupun mungkin setahun atau dua tahun. Jadi perkara pertama cikpuan kena cari adalah kasut! 

Tip Membeli Barang Semasa Year End Sales(YES)

Kedua, Produk Penjagaan Kulit (Skincare). Almost semua perempuan akan pakai produk penjagaan kulit kan.

Jadi, bila tiba Year End Sales (YES), tak salah kalau beli produk penjagaan kulit ini lebih tetapi sebelum nak beli lebih tu lihat dulu pada expiry datenya ya cikpuan.

Jangan ingat makanan sahaja ada expiry date, produk skincare cikpuan pun ada juga ya!

Beli produk penjagaan kulit ini biarlah sesuai dengan kulit muka kita ya, jangan beli yang terlalu murah dan terlalu mahal . Ikut kemampuan masing-masing.

Jangan ikut orang sangat ya cikpuan! Takut nanti produk skincare tu tak sesuai dengan kulit muka , tak pasal-pasal kena pergi buat facial treatment pula.

Tip Membeli Barang Semasa Year End Sales(YES)

Ketiga, Beg Tangan. Kenapa beg tangan ? Sebab beg tangan ni cikpuan akan guna setiap hari. Betul tak? Tak kiralah yang branded atau local? Janji cikpuan gunakan 😅

Bila Year End Sales(YES) berlangsung, cikpuan carilah beg tangan yang selesa untuk cikpuan sama ada beg tangan untuk ke kerja , pejabat ataupun ke kedai.

Sebaiknya, carilah beg tangan untuk raya sekali kan senang.

Pastikan , semasa cikpuan pilih beg tangan tu , kualiti bagus, harga pun sesuai dengan beg tangan tu dan boleh gunakan beg tangan tu untuk apa-apa acara dan di bawa kemana sahaja.

Tip Membeli Barang Semasa Year End Sales(YES)

Keempat, Pakaian Formal. Pakaian formal ni selalunya untuk cikpuan yang bekerja, ataupun mungkin fresh garduate yang baru mula nk kerja .

Jadi, bila berlangsungnya jualan Year End Sales (YES),carilah pakaian formal ni lebih sebab cikpuan akan pakaikannya setiap hari.

Tip Membeli Barang Semasa Year End Sales(YES)

Akhir sekali,Dompet. Dompet ni selalunya harga sama seperti beg tangan.

Jadi, bila ada jualan Year End Sales(YES), cikpuan carilah dompet yang harganya berpatutan dan juga cari lah  dompet yang berkualiti supaya bertahan lama mungkin sehingga bertahun.

 

Tip Membeli Barang Semasa Year End Sales(YES)

 

NOTA: Cikpuan mestilah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya mengikut kehendak ya tak kiralah ada jualan YEAR END SALES (YES) ataupun tidak . Terima kasih !