Membeli kasut bertutup penuh kelihatan perkara yang mudah, namun sebenarnya ia memerlukan perhatian khusus agar memastikan kasut yang dibeli selesa, tidak menyakitkan kaki dan sesuai untuk dipakai dalam jangka masa panjang.
Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli kasut bertutup iaitu:
1. Beli Pada Waktu Tengah Hari (12:00 Tengah Hari – 3:00 Petang)
• Keadaan kaki pada waktu itu akan mengembang akibat pergerakan dan suhu badan sejak pagi.
• Kaki manusia akan mengembang secara semula jadi dan dapat membantu anda dalam memilih saiz kasut yang lebih tepat dan selesa.
2. Pertimbangkan Pemakaian Sarung Kaki
• Jika anda merancang memakai kasut dengan sarung kaki (stoking), perlu membawa ketika mencuba kasut.
• Ketebalan sarung kaki boleh mempengaruhi keselesaan dan ruang dalam kasut.
• Mencuba kasut dengan memakai sarung kaki akan memberikan gambaran sebenar sama ada kasut tersebut selesa untuk dipakai.
3. Cuba Kasut Dengan Betul Sebelum Membeli
• Jangan menyarung kasut dan terus membelinya.
• Buat 2 atau 3 langkah di dalam kedai untuk mengetahui tahap keselesaan kasut tersebut.
• Perhatikan jika ada bahagian yang terlalu ketat atau terlalu longgar ketika memakainya.
4. Periksa Kualiti dan Material Kasut
• Lihat bahagian dalam kasut pastikan tiada jahitan kasar atau bahan keras yang boleh menyebabkan kaki melecet.
• Pilih kasut yang diperbuat daripada material yang lembut, fleksibel dan mempunyai pengudaraan yang baik.
• Kasut bertutup penuh yang panas akan menyebabkan kaki berpeluh dan tidak selesa.
5. Fokus Keselesaan Pada Kasut
• Jangan memandang pada reka bentuk kasut yang cantik, tetapi tidak memberikan aspek keselesaan ketika memakai.
• Utamakan keselesaan dan kesesuaian dengan aktiviti harian berbanding penampilan semata-mata.
Pemilihan kasut bertutup penuh bukan sekadar fesyen tetapi berkait rapat dengan kesihatan kaki dan keselesaan sepanjang hari. Ikuti tip ini agar anda tindak menyesal setelah membeli kasut yang akhirnya tidak digunakan kerana tidak memberi keselesaan pada kaki anda.