Rata-rata wanita apabila perlu membeli pakaian untuk dipakai ke tempat kerja, mereka akan beri ketelitian terhadap corak, warna, fabrik dan potongan.

Jika tidak teliti, mereka khuatir pakaian tersebut menjadi kurang menepati kod pakaian yang ditetapkan, kurang selesa untuk dipakai dari pagi ke petang, kurang enak rasanya apabila dijeling orang di tempat kerja.

Apabila memilih pakaian untuk dipakai di rumah, ketelitian yang sama wajar diberikan juga.

1. Pilih fabrik yang selesa dipakai dan selesa dipandang.

2. Pilih potongan yang sesuai di badan.

3. Pilih corak yang menarik dan cantik.

4. Pilih warna yang sesuai dengan suasana dan perasaan.

Perhatikan butang, benang dan jahitan yang sudah rosak atau terlepas. Jika masih boleh, perbaikilah.

Bayangkan jika butang baju kerja rosak dan tertanggal, dengan segera akan kita jahitkan butang yang baru.

Begitu jugalah sikap kita kepada pakaian yang dipakai di rumah.

Usah ada pemikiran “Asalkan selesa. Di rumah sahaja. Bukan ada siapa-siapa pun. Bukan nak ke mana-mana.”

Cikpuan sekalian, jangan beri layanan second class kepada imej diri apabila di rumah.

NOTA: Contoh pakaian yang saya cadangkan untuk dipakai di dalam rumah ialah selasa, cantik, harga amat berpatutan. Saya sudah beli. Cikpuan bila lagi? 😊