Hijau adalah warna kehidupan dan mencerminkan alam semula jadi.

Sebagai warna yang cerah dan positif, hijau mempunyai banyak makna tertentu dari segi budaya, agama serta seni.

Dalam psikologi warna, hijau dikaitkan dengan ketenangan, segar dan dekat dengan alam semula jadi.

Di bawah ini saya kongsikan kepada anda 3 fakta menarik tentang warna hijau yang mungkin anda tidak tahu.

Fakta warna hijau:

  • Warna hijau merupakan warna kedua popular selepas warna biru.
  • Warna hijau dikenali sebagai warna yang selamat. Hal ini kerana warna hijau digunakan sebagai tanda “jalan” pada lampu isyarat jalan raya, keretapi dan laluan kapal. Kebanyakan negara di dunia juga menggunakan warna hijau sebagai warna simbol laluan kebakaran.
  • Kebanyakan pakar mata menyarankan untuk melihat warna hijau selepas menghadap skrin komputer untuk jangka masa yang lama. Ini kerana warna hijau mampu meredakan mata yang letih.

Kadangkala anda membeli pakaian berwarna hijau bukanlah disebabkan oleh minat. Tetapi kerana warnanya yang menarik perhatian mata pada ketika itu.

Malahan mungkin anda tidak sedar sudah mempunyai banyak pakaian atau tudung warna hijau tanpa disedari. Padahal pada asalnya memang tidak pernah menjadikan warna hijau sebagai warna kegemaran.

Walaupun begitu, anda masih boleh bergaya dengan menggunakan warna tersebut. Berikut adalah tip pakai warna hijau.

Tip pakai warna hijau

Hijau mempunyai pelbagai tona warna seperti olive green, lime green, emerald green dan lain-lain.

Anda suka warna hijau tetapi ingin pelbagaikan gaya dalam berpenampilan, di bawah ini adalah tip yang berguna untuk anda.

  1. Pilih tona warna yang betul
  • Hijau ada banyak dan pelbagai jenis tona warna. Ada hijau yang gelap, cerah, terang dan lembut.
  • Anda boleh pilih warna yang sesuai dengan tona warna kulit sama ada cool ataupun warm.
  • Antara contoh warna yang sesuai untuk tona warna kulit yang cool ialah Fern, Emerald, Mint, Pine, Pistachio dan lain-lain.
  • Contoh warna yang sesuai dengan tona warna kulit warm pula ialah seperti Olive, Chartreuse, Lime, Pear dan lain-lain.

  1. Padankan dengan aksesori
  • Jika anda tidak bercadang untuk pakai pakaian warna hijau, anda boleh tambahkan warna hijau pada tudung atau aksesori lain.
  • Padankan pakaian anda dengan warna hijau pada aksesori seperti beg tangan atau barang kemas.
  • Boleh juga pilih tudung dengan perincian atau corak dengan sedikit warna hijau jika tidak mahu pakai tudung hijau yang kosong.

  1. Tambahkan warna neutral
  • Sekiranya anda memakai warna hijau yang terang dan bold, tambahkan warna pakaian yang lain atau aksesori berwarna neutral.
  • Ia membantu anda untuk kekalkan keseimbangan warna yang dipakai supaya warna hijau itu tidak kelihatan begitu menyerlah.
  • Contoh warna yang boleh dipadankan adalah seperti beige, soft brown, navy blue, hitam, putih dan warna nuetral lain yang bersesuaian.

 

  1. Pilih mengikut situasi atau majlis
  • Bagi anda yang gemar memakai warna hijau, boleh pilih warna dan gaya yang sesuai dengan situasi atau majlis tersebut.
  • Sebagai contoh, deep forest green lebih sesuai dipakai untuk ke masjlis rasmi. M Manakala warna yang lebih terang seperti lime green bersifat lebih kasual dan untuk situasi yang santai.

Warna hijau semamangnya warna yang tenang dan dekat dengan alam. Sesiapa sahaja yang memakai warna hijau, akan berikan kesan segar dan tenang dalam penampilannya.

Pilihlah warna hijau yang sesuai dengan tona warna kulit dan padankan dengan kombinasi warna yang bersesuaian.

Diharapkan perkongsian kali ini memberikan manfaat dan inspirasi kepada anda yang sukakan warna hijau.

Jika anda ingin tahu padanan warna yang sesuai dengan warna hijau, boleh baca di sini https://puanmary.com/cadangan-padanan-warna-hijau/