Warna merah jambu (pink) adalah salah satu warna kegemaran ramai terutamanya wanita. Pink biasanya dikaitkan dengan sifat feminin bagi wanita, warna yang mesra, lembut dan selamat.

Pink mempunyai tona warna yang pelbagai. Ada warna pink yang terang, pastel dan gelap.

Walaupun begitu, mungkin ada di antara anda yang tidak tahu cara untuk menggayakan warna pink ini.

Di bawah ini saya kongsikan tip ringkas untuk suai padankan warna pink.

3 Tip Pakai Warna Pink

  1. Padankan warna pink dengan warna neutral
  • Suai padankan dengan warna yang lebih neutral. Kadangkala agak sukar untuk pilih dan buat keputusan tentang warna yang ingin dipadankan bersama warna pink.
  • Sebagai contoh, boleh pakai jaket pink pastel dengan dress putih atau skirt akan membuatkan anda kelihatan matang dan elegan.
  • Pink juga sesuai dipadankan bersama aksesori dengan warna yang berbeza seperti Gold, Hitam, Coklat dan Silver.

  1. Pakai pink dengan warna yang kontra
  • Walaupun pakai warna pink dengan warna neutral membuatkan anda kelihatan elegan, tetapi gabungan pink dengan warna kontra juga sesuai.
  • Sebagai contoh warna silver, jingga dan kuning adalah warna yang bertentangan dengan pink dan sesuai dipadankan bersama.
  • Selain warna di atas, boleh juga padankan dengan warna lain yang sesuai dengan pakaian atau tudung anda.

  1. Pilih barang kemas atau aksesori dengan warna pink
  • Jika anda mahu pakai warna pink tetapi tidak mahu kelihatan begitu menyerlah, boleh pakai pada barang kemas atau aksesori.
  • Apabila anda pakai pakaian yang neutral, boleh gabungkan dengan kasut warna pink yang sesuai dengan gaya dan penampilan anda.
  • Boleh juga padankan dengan beg tangan warna pink. Contohnya jika anda pakai dress putih atau seluar jeans denim yang polos dengan bahagian atas warna khaki, boleh padankan dengan beg tangan pink.

Kombinasi warna pink

Kombinasi warna pink dengan warna lain membantu untuk mencipta kesan visual yang berbeza dan membangkitkan emosi yang berbeza-beza.

Di bawah ini adalah cadangan kombinasi warna yang sesuai dipadankan bersama warna pink.

  1. Lime Green
  • Warna pink dan lime green ini menghasilkan kombinasi warna yang bertenaga. Gabungan warna ini sering dikaitkan dengan perasaan mudah dan meriah.

  1. Putih
  • Salah satu warna yang sesuai dipadankan dengan semua warna ialah putih. Semua jenis tona warna pink sesuai padankan dengan warna ini.

  1. Hitam
  • Pink dengan hitam adalah gabungan warna yang berani dan dramatik. Gabungan warna ini sering digunakan di dalam fesyen dan reka bentuk bagi mencipta penampilan yang sofistikated dan bergaya.

  1. Biru
  • Antara warba yang selalu dipadankan bersama dengan warna pink adalah warna biru. Kedua-dua warna ini adalah kontra yang menyenangkan.
  • Namun ia bergantung juga pada warna yang digunakan. Ia boleh menimbulkan suasana yang tenang dan harmoni atau lebih ceria dan meriah.

  1. Kelabu
  • Kombinasi antara warna kelabu dan pink ini boleh menghasilkan gabungan yang lembut dan elegan. Ia juga sering digunakan untuk mencipta rupa yang moden dan sofistikated.

  1. Khaki
  • Gabungan warna pink dan khaki ini adalah gabungan warna yang lembut dan bersahaja. Ia sering dipadankan dalam situasi yang lebih kasual.

  1. Burgundy
  • Menggabungkan pink dengan burgundy akan menghasilkan palet warna yang kaya dan hangat. Ia sering dikaitkan dengan rupa yang mewah.
  • Warna pink yang sesuai dipadankan dengan warna burgundy ini adalah warna yang lembut seperti salmon pink, carnation pink atau pale pink.

  1. Sea Green
  • Dua gabungan warna pink dan sea green ini mencipta kombinasi yang segar dan tenang.
  • Boleh juga menimbulkan rasa ketenangan dan dekat dengan alam semula jadi.

  1. Teal
  • Pink dan teal mencipta gabungan warna yang seimbang dan saling melengkapi.
  • Sering digunakan untuk penampilan yang menarik dan harmoni.

Penting untuk anda mempertimbangkan warna dan tona yang sesuai digunakan serta konteks yang sesuai dengan gaya dan penampilan anda.

Keutamaan peribadi, pengaruh budaya dan kesan emosi memaikan peranan dalam pemilihan kombinasi warna yang ingin dipakai dalam satu-satu penampilan.