Wanita dengan aksesori memang tidak dapat dipisahkan.
Aksesori adalah pelengkap kepada gaya.
Aksesori ini termasuklah cincin, rantai, subang, gelang, jam tangan dan kerongsang yang digunakan pada tudung.
Barang kemas biasanya lebih baik bersaiz kecil ke sederhana.
Tetapi apabila dipilih dengan betul dan dipadankan dengan tepat boleh menjadikan ia kelihatan lebih eksklusif.
Kini, terdapat pelbagai jenis aksesori yang mudah diperoleh dengan harga yang mampu milik.
Kemudian ditambah pula dengan bentuk, corak dan rekaan yang pelbagai.
Perincian inilah yang mencipta mesej yang berbeza apabila dipakai dan digayakan.
Perincian ini juga boleh menonjolkan personaliti yang tertentu dan mengubah tanggapan orang lain terhadap kita.
Terdapat dua kategori aksesori wanita iaitu:
Tip Pemilihan Aksesori Untuk Nampak Eksklusif
Anda perlu tahu cara memilih dan memadankan aksesori dengan betul.
Apabila salah pilih dan padan, akan membuatkan penampilan anda nampak sarat dan berat.
Tip memilih aksesori supaya penampilan anda nampak eksklusif ialah:
Pilih Satu Aksesori Sebagai Tumpuan
Anda perlu pilih satu aksesori sahaja sebagai tumpuan dengan saiznya lebih besar berbanding saiz aksesori yang lain.
Sebagai contoh, anda memilih cincin dengan saiz batu permata yang besar, aksesori lain yang digayakan bersama mestilah perlu kecil sahaja saiznya.
Jika jam tangan sudah mempunyai saiz dan rekaan yang menonjol, cincin dan gelang perlu ringkas dan minimal.
Padankan Warna Dan Sifat Aksesori Yang Sama
Bagi membuatkan penampilan nampak mahal dan eksklusif ketika menggayakan aksesori, pastikan warna barang kemas yang dipakai mempunyai tona warna yang sama.
Prinsip yang diamalkan ialah same metal or gem colour must stay together.
Contohnya, apabila memakai barang kemas yang diperbuat daripada emas, padankan dengan aksesori tona warna emas juga.
Padankan Aksesori Mengikut Situasi
Salah satu cara memakai aksesori supaya nampak eksklusif ialah dengan padankan mengikut keadaan atau situasi tertentu.
Apabila memilih aksesori untuk dipakai ke tempat kerja, pilih aksesori dengan saiz yang tidak terlalu besar dan menghasilkan bunyi.
Digalakkan juga pakai barang kemas dengan bilangan yang sedikit iaitu 3-5 unit barang kemas sahaja.
Sekiranya anda perlu menghadiri majlis seperti kenduri atau acara makan malam, aksesori boleh ditambah sedikit bilangannya.
Boleh juga memilih aksesori yang lebih menyerlah sifatnya serta dipadankan dengan baju yang dipakai.
Pilih Jam Tangan Dengan Saiz Yang Betul
Jam tangan juga adalah salah satu aksesori yang melengkapkan gaya dan penampilan anda.
Oleh itu, pemilihan jam tangan mestilah betul mengikut saiz atau ukur lilit pergelangan tangan.
Jam tangan mempunyai saiz yang perlu dipadankan dengan saiz pergelangan tangan.
Jika saiz pergelangan tangan anda kecil, pilih jam tangan dengan saiz muka yang kecil.
Jika saiz pergelangan tangan anda sederhana atau besar, pilih jam tangan dengan saiz muka sederhana atau besar.
Pilih jam tangan dengan saiz yang betul supaya kelihatan seimbang. Penampilan anda juga akan nampak lebih eksklusif dan mahal.
Dapatlah disimpulkan bahawa aksesori bukanlah sebagai perhiasan semata-mata, tetapi aksesori mampu membuatkan penampilan anda nampak lebih eksklusif dan mahal.
Pemilihan saiz, rekaan, perincian dan sebagainya mestilah dipilih dengan betul supaya nampak sepadan dengan gaya yang ditampilkan.
Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca
Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca
Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca
Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca
Sebagai wanita, pastinya anda sibuk dengan tugasan harian di rumah seperti menjaga anak-anak, menguruskan rumah… Teruskan Membaca