Saya yakin dan percaya, golongan wanita semestinya suka memakai lipstik bukan? Ataupun paling biasa digunakan adalah lip balm sebagai pengganti lipstik.
Dalam artikel kali ini, anda akan belajar cara untuk memilih gincu/lipstik berdasarkan tona warna kulit wajah.
Adakah anda tahu kategori warna kulit anda?
Secara umumnya terdapat 3 kategori utama warna kulit iaitu kulit cerah, kulit medium dan kulit gelap.
Kesemua warna kulit ini mempunyai tona warna yang berbeza dan ia mempengaruhi warna lipstik yang ingin dipakai.
Bagi wanita yang bertudung, penting untuk anda tahu atau kenal pasti warna kulit supaya tidak salah memilih warna tudung dan lipstik.
Apabila anda salah pilih warna, ia akan menyebabkan kulit wajah kelihatan lebih gelap atau kusam ketika mamakainya.
Bagi wanita yang berkulit cerah, anda boleh memilih dan memakai apa sahaja warna lipstik sama ada cerah ataupun gelap. Jika suka pakai warna nude, warna yang sesuai dipakai untuk kulit cerah adalah seperti light nude, nude ataupun beige.
Selain itu, pilihan lipstik berwarna sweet untuk kulit cerah pula adalah seperti warna pale pink, sandy pink ataupun peachy pink.
Jika anda ingin tampil glamour dan menyerlah, anda boleh memilih warna lipstik yang terang seperti bright red, raspberry ataupun orange red.
Seterusnya, untuk wanita yang mempunyai kulit medium anda juga boleh memilih warna nude, sweet ataupun glamour dengan kod warna yang betul.
Bagi kulit medium juga, anda tidak boleh memakai warna yang terlalu gelap atau terlalu terang kerana dikhuatiti ia akan kelihatan tidak menyerlah.
Untuk anda yang berkulit medium boleh gunakan lipstik yang berwarna nude seperti peachy nude, nude ataupun beige.
Antara pilihan lipstik warna sweet untuk kulit medium pula seperti medium pink, rosy pink ataupun peach.
Warna glamour untuk kulit medium pula adalah seperti orange, fushcia ataupun cool red.
Di samping itu, untuk anda yang mempunyai kulit yang gelap, anda juga boleh menggunakan warna lipstik nude, sweet serta glamour.
Walapun anda berkulit gelap, anda masih boleh menggunakan lipstik berwarna nude seperti peachy brown, brown ataupun chocolate.
Warna-warna lipstik yang sweet dan boleh dipakai oleh wanita yang mempunyai tona kulit gelap adalah seperti dark pink, cranberry ataupun deep berry.
Wanita yang berkulit gelap juga boleh mengenakan warna yang glamour seperti deep red, raisin ataupun blackberry.
Di samping itu, ingin dikongsikan juga kepada anda tentang prinsip asas dalam memilih warna lipstik berdasarkan warna bibir. Antaranya ialah:
Berikut adalah panduan ringkas yang boleh digunakan oleh para wanita untuk memilih warna lipstik berdasarkan warna bibir.
Anda boleh memilih mana-mana warna lipstik yang diminati, tetapi tidak semua lipstik yang anda pilih itu sesuai dengan kulit dan warna bibir anda.
Oleh itu, saya yakin dan percaya bahawa ilmu yang dikongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada anda untuk masa kini dan akan datang.
Diharapkan juga anda akan lebih tahu tentang lipstik yang lebih sesuai dengan bibir berdasarkan tona warna kulit masing-masing.
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau sebarang perkongsian, boleh berikan pada ruangan komen di bawah.
Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca
Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca
Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca
Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca
Sebagai wanita, pastinya anda sibuk dengan tugasan harian di rumah seperti menjaga anak-anak, menguruskan rumah… Teruskan Membaca