Penampilan

Pakaian Yang Perlu Dielakkan Oleh Wanita Berbadan Pear

Sebelum ini sudah banyak posting berkaitan dengan pakaian yang sesuai dipakai oleh wanita berbadan pear.

Tetapi kali ini, akan dikongsikan pula kepada anda tentang pakaian yang perlu dielakkan supaya tidak menampakkan lagi bentuk badan atau bahagian yang ingin diselindungkan.

Seperti yang sudah sedia maklum, kebanyakan waanita yang berbadan pear ini mempunyai ukuran pinggul yang lebih lebar daripada ukuran lebar bahu dan dada.

Pemilihan pakaian yang sesuai dengan bentuk badan jenis ini adalah penting supaya tidak menyerlahkan bahagian yang tidak ingin dilihat oleh orang lain.

Wanita badan pear perlu elakkan perkara seperti berikut dalam pemilihan pakaian:

  • Memakai jaket yang labuhnya mencecah paras pinggul sahaja. Anda tidak digalakkan memakai seperti ini kerana ia akan membuatkan bahagian pinggul kelihatan lebih menonjol.

Elakkan memakai jaket yang tidak melebihi paras pinggul kerana ia akan kelihatan lebih lebar

  • Memakai pakaian yang mempunyai hiasan dan perincian pada bahagian pinggul. Jika terdapat sebarang perincian, bahagian tersebut kelihatan lebih menyerlah berbanding bahagian yang lain.
  • Memilih gaya yang menambahkan lagi kelebaran di kawasan pinggul.
  • Memakai seluar yang mempunyai potongan skinny kerana ia akan menyerlahkan lagi bahagian pinggul dan menjadi lebih lebar.
  • Memilih seluar jeans yang mempunyai potongan lurus dan melekat pada bahagian pinggul dan peha kerana bahagian itu yang akan menjadi tumpuan.
  • Memilih atau memakai skirt yang ketat dan mempunyai perincian tertentu pada bahagian pinggul. Skirt duyung, skirt pensel, skirt tulip adalah contoh skirt yang tidak sesuai digunakan oleh wanita berbadan pear.
  • Pilih skirt yang berwarna terang. Hal ini kerana skirt yang berwarna terang akan membuatkan anda kelihatan tidak seimbang pada bahagian bawah badan.
  • Memakai dress yang mempunyai perincian yang berlebihan dan ketat pada bahagian pinggul. Dress yang memberi perhatian pada bahagian pinggul akan menyebabkan anda kelihatan lebih lebar.

Elakkan memakai skirt yang ketat dan mempunyai perincian pada pinggul. Lebih sesuai gunakan skirt A-line

Walaupun begitu, wanita yang berbadan pear ini perlulah memakai pakaian yang tidak terlalu menonjol pada bahagian pinggul ke bawah.

Wanita yang mempunyai bentuk badan pear juga digalakkan untuk mencipta satu titik fokus terutamanya pada bahagian atas badan ataupun tudung yang dipakai.

Titik fokus tersebut bertujuan untuk melindungi bahagian pinggul yang sudah sedia lebar daripada pandangan mata orang lain yang memandang.

Wujudkan titik fokus pada bahagian atas kepala sama ada tudung ataupun rambut

Anda juga perlu memilih pakaian yang mengimbangi bahagian atas dan bawah badan supaya bahagian pinggul terutamanya menjadi seimbang dan tidak kelihatan terlalu lebar.

Pakaian yang anda pilih mestilah menepati ciri-ciri yang sesuai untuk wanita berbadan pear. Baju, seluar, skirt dan sebagainya yang dipilih mestilah sopan, longgar dan tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan anda.

Fesyen yang cantik tidak semestinya perlu memakai pakaian yang ketat, tetapi ia bergantung kepada kekemasan pakaian yang dipakai.

Artikel Terkini

Warna Tudung Yang Wanita Wajib Ada

Tidak dinafikan di pasaran ketika ini banyak pilihan warna tudung sehingga rambang mata dan keliru… Teruskan Membaca

4 days lepas

Jenis-Jenis Inner Tudung Yang Wanita Perlu Tahu

Inner tudung atau disebut juga sebagai anak tudung menjadi satu keperluan untuk wanita yang bertudung.… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Etika Beraya

Saya yakin  ramai yang berasa teruja untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini setelah sebulan… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

7 Ciri-Ciri Asas Baju Raya Yang Baik

Saya sememangnya mementingkan praktikaliti pakaian raya kerana pada pagi raya kita akan melakukan pelbagai aktiviti… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Padanan Warna Baju dan Tudung Raya 2024

Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Pastinya ramai yang membuat persiapan awal untuk… Teruskan Membaca

1 month lepas