Ramai wanita memakai produk yang ada SPF tetapi tidak tahu cara yang betul untuk menanggalkannya.
Saya mahu cikpuan menonton video berikut. Bermula saat ke-14, ditunjukkan wajah individu yang dengan dua kamera yang berbeza ketika memakai produk pelindung suria.
Kamera sebelah kiri ialah kamera biasa. Kamera sebelah kanan ialah kamera UV – ultraviolet camera. Pada video sebelah kanan itu kita dapat lihat lapisan berwarna gelap pada wajah individu-individu berkenaan.
Itulah lapisan hasil sapuan produk dengan SPF yang mengandungi bahan-bahan aktif yang dinyatakan di atas. Lapisan ini melindungi kulit daripada dirosakkan oleh sinar UV yang berlebihan. Bahan-bahan aktif yang biasa didapati di dalam produk pelindung suria dengan SPF ialah zinc oxide dan titanium dioxide.
Produk dengan bahan-bahan ini apabila disapu pada permukaan kulit akan MEMBENTUK LAPISAN PADA PERMUKAAN KULIT yang berfungsi memantulkan pancaran Ultra Violet (Ultra Violet rays) yang secara semulajadi wujud dalam cahaya matahari.
Apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari tanpa perlindungan daripada lapisan ini, sel-sel kulit akan rosak, kedutan lebih cepat muncul (penuaan pra-matang), sunburn, pigmentasi berlebihan, bintik-bintik hitam dan jeragat.
Bahan-bahan aktif ini tidak dapat ditanggalkan sekadar dengan pencuci muka biasa dan air. Lebih-lebih lagi jika kita adalah pengguna mekap yang tebal dan mengandungi SPF.Kebanyakan formula produk pelindung suria mempunyai tekstur yang tebal, likat dan “menempel” pada kulit. Sifat tekstur begini dinamakan “occlusive”.
Kenapa perlu produk pelindung suria atau mana-mana produk yang mengandungi SPF ditanggalkan dengan sempurna?
Jika tidak dibersihkan dengan baik, bahan produk SPF ini boleh melekat pada liang pori-pori dan menyebabkan jerawat dan bahan produk SPF ini boleh menghalang air wudhu’ sampai ke permukaan kulit dengan sempurna.
Cara terbaik untuk menanggalkan produk SPF ini ialah dengan menggunakan oil-based makeup remover atau oil cleanser.
Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca
Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca
Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca
Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca
Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca