Penjagaan Kulit

Tips Penjagaan Kulit Mengikut Umur

Apakah langkah dan produk yang wanita perlu utamakan untuk menjaga kulit wajah ketika umur 20-an, 30-an, 40-an dan 50-an?

Ya, ada. Boleh rujuk perkongsian ini.

Apakah rutin penjagaan wajah cikpuan sesuai dengan usia cikpuan?

Produk apa yang cikpuan gunakan bagi umur 20-an , 30-an, 40-an, dan 50-an?

Boleh ke budak yang berumur 12 tahun menggunakan produk sama seperti umur yang 20-an?

Bagaimanakah cara untuk cikpuan mengetahui sama ada produk penjagaan kulit yang cikpuan beli sesuai mengikut usia cikpuan?

Jadi, cikpuan bolehlah rujuk langkah ataupun tips penjagaan kulit mengikut usia cikpuan dibawah ini ya.

 

Untuk wanita 20-an, misi utama penjagaan kulit ialah untuk mewujudkan tabiat agar penjagaan kulit menjadi satu rutin yang tidak menyebabkan wujud rasa terbeban atau sukar untuk diri cikpuan.

Jadi bagi cikpuan yang berusia 20-an, cikpuan perlulah mengamalkan pencuci muka yang bersifat lembut, pelembap jenis losyen atau gel dan juga cikpuan yang tengah meningkat remaja ni kena “WAJIB” pakai pelindung suria untuk mengelakkan daripada sunburn atau muka breakout.

Untuk cikpuan wanita 30-an, misi utama ialah untuk melawan tanda-tanda penuaan kerana kulit mula terdedah dengan sinar ultra ungu dan tanda awal penuaan.

Bagi mengelakkan kulit cikpuan menjadi kusam akibat sel kulit mati yang terkumpul pada permukaan kulit, cikpuan perlulah membersihkan sel kulit mati tersebut.

Jadi, cikpuan yang berusia 30-an perlulah mengamalkan Exfoliate secara lembut secara mingguan, gunakan serum yang specifik untuk rawat kulit dan cikpuan perlu fokus kepada produk yang menjaga keanjalan kulit.

 

Untuk wanita yang berusia 40-an,  ketika ini cikpuan akan alami perubahan ketara struktur kulit yang diakibatkan stres, pemakanan, persekitaran dan penuaan.

Pada umur ini, kulit perlu fokus untuk mendapat kelembapan yang mencukupi dan dirawat untuk pertahankan keanjalan kulit.

Jadi, cikpuan perlu mengamalkan produk yang memberikan kelembapan untuk kulit muka cikpuan. Selain itu, cikpuan haruslah pilih produk yang ada anti-oksidan dan cikpuan mesti guna sheet mask untuk merawat kulit dalam keadaan berehat agar ia meresap ke dalam kulit muka cikpuan.

 

Artikel Terkini

Warna Tudung Yang Wanita Wajib Ada

Tidak dinafikan di pasaran ketika ini banyak pilihan warna tudung sehingga rambang mata dan keliru… Teruskan Membaca

1 week lepas

Jenis-Jenis Inner Tudung Yang Wanita Perlu Tahu

Inner tudung atau disebut juga sebagai anak tudung menjadi satu keperluan untuk wanita yang bertudung.… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Etika Beraya

Saya yakin  ramai yang berasa teruja untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini setelah sebulan… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

7 Ciri-Ciri Asas Baju Raya Yang Baik

Saya sememangnya mementingkan praktikaliti pakaian raya kerana pada pagi raya kita akan melakukan pelbagai aktiviti… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Padanan Warna Baju dan Tudung Raya 2024

Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Pastinya ramai yang membuat persiapan awal untuk… Teruskan Membaca

1 month lepas