Inspirasi

Tip Penjagaan Rambut

Assalamualaikum, Hai Cikpuan!

Hari ini topik kita berkaitan dengan penjagaan rambut? Siapa disini mempunyai  masalah penjagaan rambut dari segi  masalah rambut yang berminyak, gatal, berkelemumur dan mudah gugur?

Apakah petua untuk penjagaan rambut? Apakah produk untuk menyelesaikan semua masalah rambut cikpuan? Apakah kebaikan dalam penjagaan rambut?

Saya rasa semua wanita tahu bahawa rambut merupakan mahkota untuk wanita! Sekiranya rambut cikpuan sendiri tidak terurus, adakah bahagian yang lain kelihatan sihat dan bermaya?

Jadi, mari sama-sama kita jaga rambut kita!

Pertama, cikpuan mahu produk yang lebih berkesan, lembut dan natural?

Jadi, cikpuan kena cari dan pilih syampu yang mengandungi minyak kelapa dara kerana minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil-VCO) kaya dengan asid laurik yang bertindak mengikat protein dalam rambut, menjadikan akar dan gentian rambut kuat dan tidak mudah putus.

Minyak kelapa dara juga boleh membantut pertumbuhan bakteria dan kulat yang mudah wujud pada kulit kepala berminyak.

Saya sendiri guna Syampu VCO Nutrifera dan syampu ini amat berkesan.

Kedua, punca lain kenapa rambut saya gugur adalah kerana saya tidak mempunyai rutin yang konsisten.

Maksudnya, saya tidak mempunyai rutin yang konsisten dalam membantu mengawal kulit berminyak pada kulit kepala saya.

Saya hanya menggunakan syampu, mengeringkan rambut dan menyikat rambut sahaja.

Sebaliknya untuk jenis kulit kepala berminyak, rutin penting yang perlu dilakukan ialah syampu, perapi, produk rawatan kulit kepala dan minyak rambut dengan betul.

Ketiga, syampu yang saya gunakan dan ia berkesan untuk menghapuskan kelemumur adalah syampu yang mengandungi Zinc Pyrithione (ZPT) iaitu bahan yang bertindak menghapuskan kelemumur, membersihkan permukaan kulit kepala dan bersifat anti kulat.

Buatpengetahuan cikpuan, kulit kepala berminyak boleh menjadi tempat strategik tumbuhnya kulat yis yang boleh menyebabkan terjadinya kelemumur.

Keempat, punca utama rambut saya gugur adalah kerana kulit kepala saya yang mudah berminyak.

Minyak berlebihan yang terhasil dan berkumpul pada kulit kepala menarik lebih banyak kotoran dengan mudah dan menyebabkan kelemumur.

Minyak ini berlebihan juga menjadikan rambut berminyak, melekit dan melekat bersama.

Kelenjar minyak yang terlalu aktif juga boleh menyumbat akar rambut dengan minyak yang berlebihan dan menyebabkan rambut boleh jadi gugur.

Keempat, untuk kuatkan rambut dan kurangkan gugur, saya akan lumurkan rambut dan kulit kepala saya dengan menggunakan minyak kelapa dara.

Selepas rambut disyampu dan di keringkan, lumurkan minyak kelapa dara pada rambut dan kulit kepala serta urutkan dengan lembut.

Gunakan sikat untuk ratakan minyak ke seluruh rambut dan biarkan selama 45 minit dan kemudian cuci sekali lagi dengan syampu dan boleh diikuti dengan perapi rambut yang boleh dibiarkan semalaman supaya ia meresap ke dalam rambut cikpuan.

Kalau cikpuan nak tahu, rutin penjagaan rambut saya sekarang adalah syampu setiap 2 ke 3 hari, perapi guna selepas syampu , produk rawatan kulit kepala seminggu sekali dan sikat rambut dengan menggunakan sikat dan berus yang betul setiap hari sekerap mungkin.

Selain itu, saya juga akan ke salon rambut sebulan sekali untuk membuat treatment. Tidak salah , sebulan sekali  manjakan rambut cikpuan di salon.

 

NOTA: Akhir kata dari saya, jagalah rambut-rambut cikpuan seperti mana cikpuan menjaga diri cikpuan kerana rambut kita merupakan mahkota untuk diri kita. Terima Kasih kerana membaca!

Artikel Terkini

Etiket Digital: Cara Menjaga Profesionalisme di Media Sosial

Dalam era digital ini, media sosial menjadi salah satu platform utama untuk berinteraksi, berkongsi pendapat,… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Etika Majlis Rasmi: Apa yang Perlu Anda Tahu

Majlis rasmi adalah acara yang memerlukan anda untuk tampil dengan penampilan yang rapi dan kemas… Teruskan Membaca

1 month lepas

Trend Baju Oversized: Sesuaikah Dipakai Oleh Wanita Rendah?

Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gaya santai dan effortless… Teruskan Membaca

1 month lepas

Kombinasi Warna Pastel Dan Warna Neutral: Tip Bergaya

Warna sememangnya memainkan peranan besar dalam imej dan penampilan diri seseorang. Setiap kali anda keluar… Teruskan Membaca

2 months lepas

Perlukah Wanita Bergaya Di Rumah?

Sebagai wanita, pastinya anda sibuk dengan tugasan harian di rumah seperti menjaga anak-anak, menguruskan rumah… Teruskan Membaca

2 months lepas