Baju oversized telah menjadi trend popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Gaya santai dan effortless ini disukai ramai khususnya di kalangan wanita.
Namun, sebagai seorang wanita rendah, adakah trend ini sesuai untuk anda?
Jawapannya tidak begitu sesuai.
Walaupun ia kelihatan selesa dan mudah digayakan, tetapi ada beberapa faktor yang perlu diberi perhatian.
Kali ini akan dibincangkan kenapa trend baju oversized ini kurang sesuai dipakai oleh wanita rendah.
Mengapa Baju Oversized Tidak Sesuai Dengan Wanita Rendah?
Wanita yang bertubuh rendah tidak sesuai memakai baju oversized kerana beberapa sebab iaitu:
Kelihatan Lebih Rendah Dan Lebar
Pakaian atau baju yang oversized boleh membuatkan tubuh kelihatan lebih rendah dan lebar.
Potongan yang terlalu besar bukan sahaja membuatkan anda kelihatan sarat di bahagian atas, tetapi ia juga cipta ilusi lebar.
Pakaian yang meleret atau terlalu besar membuatkan bahagian tubuh anda kelihatan tidak seimbang dan nampak rendah dari ketinggian sebenar.
Penampilan Kelihatan Tidak Seimbang
Keseimbangan dalam penampilan anda adalah elemen penting untuk tentukan sama ada pakaian tersebut sesuai atau tidak untuk dipakai.
Sebagai wanita yang rendah, pakaian yang dipakai perlulah memberi seimbang antara bahagian atas dan bawah tubuh.
Pakaian oversized tidak nampak seimbang apabila dipakai kerana saiz dan potongan yang terlalu longgar.
Apabila wanita rendah pakai baju jenis ini, ia akan membuatkan bahagian atas kelihatan lebih lebar dan bahagian bawah tubuh kelihatan kecil.
Bahagian Kaki Kelihatan Lebih Pendek
Baju oversized yang terlalu panjang atau menutupi kawasan pinggang dan paha, cenderung membuatkan kaki kelihatan lebih pendek.
Wanita rendah perlu mencipta ilusi kaki yang lebih panjang untuk menambah ilusi ketinggian dan keseimbangan dalam penampilan.
Pakaian yang terlalu besar dan menutup bahagian bawah tubuh secara berlebihan akan membuatkan kaki nampak lebih pendek.
Tidak Sesuai Untuk Situasi Formal
Jika anda perlu hadir ke acara formal, baju oversized akan kelihatan kurang sesuai.
Hal ini kerana ia akan mencipta imej yang santai dan kurang kemas.
Dalam suasana kerja atau acara penting, anda memerlukan pakaian yang membantu menunjukkan kredibiliti dan keyakinan.
Jadi pemakaian baju yang terlalu besar akan membuatkan anda kelihatan kurang formal dan terlalu kasual.
Tip Pilih Pakaian Untuk Wanita Rendah
- Pilih pakaian dengan rekaan atau jahitan garis menegak di tengah badan. Ini akan membantu memberikan ilusi ketinggian pada tubuh.
- Elakkan pakaian dengan rekan jahitan garis melintang. Garis melintang akan membahagikan tubuh dan membuatkan anda kelihatan lebih rendah.
- Pilih pakaian dengan rekaan yang ringkas. Baju dengan rekaan yang sarat akan mudah membuatkan wanita rendah kelihatan lebih rendah.
- Hadkan pemilihan warna. Hadka warna yang ingin dipakai dalam satu-satu penampilan. Pilih satu atau dua warna sudah memadai.
- Pilih corak yang betul. Semakin banyak corak dan rekaan pada baju, tubuh akan kelihatan lebih rendah.
- Sekiranya memilih blazer atau jaket, pilih labuh yang sama tau hampir sama dengan hujung jari dalam keadaan dirapat ke badan. Elakkan pilih blazer atau jaket yang terlalu labuh.
- Pilih skirt atau seluar dengan labuh yang betul. Apabila anda memilih skirt atau seluar yang terlalu labuh, ia boleh menyebabkan kotor dan menyukarkan pergerakan.
Jadi sesuai atau tidak wanita rendah pakai baju oversized?
Jawapannya – tidak begitu sesuai.
Baju oversized ini kurang sesuai dipakai oleh wanita rendah kerana akan membuatkan anda nampak lebih lebar dan rendah.
Anda boleh pilih baju dengan potongan dan rekaan yang sesuai dengan bentuk badan.
Apa yang penting adalah pakaian tersebut tidak terlalu ketat, jarang dan keterlalauan.