Pernah saya dipanggil oleh sebuah organisasi untuk mengendalikan ceramah imej khusus untuk kakitangan wanitanya.

Secara spesifik, pihak penganjur mahu saya ulas dan beri larangan jelas berkaitan salah satu gaya yang berleluasa di kalangan kakitangan wanita yang muda dan beragama Islam di pejabat organisasi itu.

Gaya itu dinamakan cropped pants (lihat gambar di atas).

“Bantu kami puan, seluar singkat begini sudah banyak dipakai oleh staf perempuan muslim. Terutama yang muda. Puan tegurlah mereka,” pinta penganjur semasa kami bertemu untuk bincang konten ceramah.

“Ini jelas salah, puan. Satu hal, ia tidak shariah-compliant. Dan ia juga tidak termasuk dalam kategori workplace attire,” respon saya kepada penganjur ketika ditunjukkan gambar cropped pants tersebut.

“Puan bantu tegur ya… Kami sudah tegur, tapi tak berkesan,” kata pegawai penganjur itu lagi.

Lama juga saya fikirkan cara paling bagus untuk buat teguran. Saya ini bukan ustazah. Khuatir penerimaan yang perlu ditegur itu jadi lain pula.

Saya putuskan untuk tidak menegur dengan cara membebel atau beri ceramah. Saya mahu yang pakai cropped pants itu tegur dirinya sendiri.

Akhirnya saya memperolehi idea untuk lakukan satu aktiviti untuk capai tujuan tersebut.

Pada hari ceramah yang dimaksudkan, saya pun lakukan satu aktiviti yang saya namakan “Best Dress for Work”.

Dipendekkan cerita, selepas sesi ceramah saya itu, pegawai penganjur laporkan tiada lagi yang pakai cropped pants.
Alhamdulillah…

NOTA: Jika anda rendah orangnya, sudah tentu cropped pants begini tidak keihatan singkat apabila dipakai. Jadi tidaklah menjadi isu. Harap maklum.