Warna

4 Jenis Ilusi Tampak Kurus

 4 Jenis Ilusi Untuk Kelihatan Kurus

Tip kali ini ditujukan khas buat wanita yang mahu kelihatan lebih kecil dan kemas. Boleh saya tahu, cikpuan suka pakai cutting baju yang bagaimana yang membuatkan cikpuan tampak kurus?

Corak baju seperti apa yang menampakan tubuh lebih kurus?

Adakah corak atau ilusi yang cikpuan gemar akan membuatkan cikpuan kelihatan kurus atau sebaliknya?

Pemilihan pakaian dengan ciri-ciri tertentu sebenarnya amat membantu memberikan ilusi badan lebih ramping.

Saya kongsikan 4 jenis ilusi dan tip yang mampu memberi ilusi kurus untuk cikpuan semua.

 

1) Corak Menegak

Pertama, Corak Menegak. Garis lurus menegak adalah antara corak yang paling popular dalam industri fesyen. Seperti corak lain, garis lurus menampilkan si pemakai kelihatan lebih panjang dan tinggi.

Ilusi mata akan melihat bahawa badan terbahagi kepada dua bahagian dan jika lebih banyak dan rapat garis lurus tersebut, maka kesan untuk kelihatan kurus lebih tinggi.

 

2) Corak Menyenget

Kedua, Corak Menyenget (Diagonal) dan Geometri. Corak garis lurus menyenget (diagonal lines) dan geometri mempunyai keunikan tersendiri kerana kedua-duanya mampu mencipta ilusi kurus atau membentuk potongan badan yang memberi keseimbangan pada badan cikpuan.

 

3) Warna Gelap

 

Ketiga, Warna Gelap adalah wajib yang perlu ada oleh setiap wanita kerana ia adalah cara terpantas untuk kelihatan kurus. Mahu sorok kawasan yang tidak ingin ditonjulkan seperti perut dan pinggul cikpuan? Jawapannya, warna gelap adalah pilihan yang tepat!

 

4) Monochromatic

Keempat, Monochromatic. Sekiranya cikpuan memakai warna yang sama, ia memberi ilusi memanjang dan kurus. Mata individu yang melihat juga hanya akan tertumpu pada bahagian wajah berbancing kawasan yang ingin disorok.

 

NOTA: Semoga bermanfaat buat semua. Terima kasih kerana membacanya!

Artikel Terkini

Tiga Gaya Blouse Untuk Tampil Lebih Manis

Pemilihan pakaian yang selesa ialah kunci utama untuk bergaya kasual dan santai. Blouse ialah pilihan… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

4 Jenis Potongan Kaki Seluar

Memilih seluar panjang yang sesuai dengan bentuk badan ialah kunci utama untuk kelihatan kemas, bergaya,… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

Tip Pilih Inner Tudung Wanita

Inner tudung atau anak tudung ialah salah satu elemen penting dalam pemakaian tudung. Ia berfungsi… Teruskan Membaca

1 month lepas

Kenapa Perlu Tukar Cadar Dan Sarung Bantal Dengan Kerap?

Menukar cadar dan sarung bantal mungkin seperti perkara remeh, tetapi ia memberi impak besar kepada… Teruskan Membaca

2 months lepas

Perbezaan Skirt Formal Dan Skirt Kasual

Pemakaian skirt kini semakin popular dalam kalangan wanita, baik yang bekerja mahupun suri rumah. Skirt… Teruskan Membaca

2 months lepas