Terdapat LIMA JENIS KULIT MUKA kita iaitu normal, kering, sensitif, berminyak dan kombinasi.
Boleh saya tahu mana satukah jenis kulit muka cikpuan ya? Ke cikpuan tidak tahu jenis kulit muka mana cikpuan ni?🤔
Bagaimana cara untuk kita mengetahui jenis kulit muka kita ni?
Kenapa penting kenali jenis kulit muka kita?
Bagaimana cikpuan nak tahu sekiranya kulit muka cikpuan itu adalah sensitif?
Di bahagian manakah selalunya muka kita akan jadi masalah?
Haaa, jom saya terangkan satu per satu tentang jenis-jenis kulit muka kita tapi sebelum itu kita lihat dulu kenapa penting kenali jenis kulit muka kita okay? 👌🏻
KENAPA PENTING KENALI JENIS KULIT MUKA?
Pertama, Kulit Normal. Kelenjar minyak menghasilkan minyak(sebum) pada kadar yang normal.
Permukaan kulit tidak kering dan tidak pula berminyak.
Kulit licin dan pori-pori pada permukaan kulit tidak kelihatan ketara.
Kedua, Kulit Kering. Minyak (sebum) tidak dihasilkan oleh kelenjar minyak dengan cukup.
Permukaan kulit menjadi kering dan tidak cukup hidrasi.
Kulit kelihatan kering, mudah menggelupas dan terasa tegang selepas dicuci.
Ketiga, Kulit Sensitif. Tekstur kulit lembut tetapi mudah kering, merengsa, kemerah-kemerahan , gatal dan pedih.
Kulit mudah bertindak balas dengan kandungan produk, persekitaran dan makanan.
Keempat, Kulit Berminyak. Minyak(sebum) dihasilkan secara berlebihan pada kulit.
Permukaan kulit mudah berkilat, berminyak dan pori-pori kelihatan jelas.
Cela, jerawat , bintik-bintik hitam mudah muncul pada wajah.
Kelima, Kulit Kombinasi. Kulit mempunyai gabungan ciri-ciri iaitu Zon-T pada wajah selalunya kelihatan berminyak manakala kawasan pipi lebih kering dan bintik-bintik hitam dan putih-putih mudah muncul di kawasan hidung.
NOTA: Jadi, mana satukah kulit muka cikpuan? Semoga artikle ini dapat membantu cikpuan dalam mengenali jenis kulit muka dan cikpuan dapat mengatasinya sebelum jadi apa-apa. Terima kasih!
Memilih sikat yang betul sangat penting untuk memastikan rambut kekal sihat, cantik dan terurus. Setiap… Teruskan Membaca
Warna ungu bukan sekadar satu tona warna sahaja, sebaliknya hadir dalam pelbagai variasi seperti ungu… Teruskan Membaca
Pemilihan seluar yang tepat memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang wanita. Seluar yang sesuai bukan… Teruskan Membaca
Warna maroon merupakan salah satu warna yang tergolong dalam keluarga warna merah, tetapi mempunyai tona… Teruskan Membaca
Sebagai pakar perunding imej, saya sering kali menerima soalan-soalan seperti ini: - Apakah yang perlu… Teruskan Membaca