glowwe

5 Kebaikan “SERUM”

Cikpuan tahu apa itu SERUM? Apa kebaikan serum? Bagaimana cara untuk memakai serum? Apa fungsi sebenarnya serum dan waktu bilakah yang sesuai untuk memakai serum?

Serum bukan hanya untuk orang yang sudah berusia dan mempunyai kulit berkedut.

Serum adalah sejenis pelembap namun berbeza dengan pelembap yang lain. Serum mempunyai struktur lebih halus, mempunyai lebih nutrisi dan bertindak sehingga ke dasar kulit.

Cikpuan mahu mula memakai serum? Baca dahulu kebaikan serum agar cikpuan boleh memilih serum dengan tepat dan merasai kesan baiknya pada kulit. 

1)  Bahan aktif dalam serum

Kebaikan pertama adalah mengandungi bahan aktif yang tinggi dan padat. Pelembab muka yang biasa mengandungi sekitar 5 hingga 10 peratus bahan-bahan aktif.

Serum boleh mengandungi sehingga 70 pertas bahan-bahan aktif yang sangat bermanfaat untuk kulit.

 

2) Kadar resapan serum cepat dan jauh ke dasar kulit

Kedua, kebaikannya adalah mudah meresap  jauh ke dalam kulit. Molekul dalam serum adalah lebih kecil daripada molekul pelembab biasa.

Oleh sebab itu, serum boleh meresap jauh ke dasar kulit.

Manakala, pelembab pula mempunyai molekul yang lebih besar dan hanya berfungsi pada lapisan pertama kulit sahaja.

 

3) Gandakan manfaat serum bersama produk penjagaan muka yang lain

Ketiga, boleh dipakai bersama produk wajah yang lain. Serum melengkapkan penggunaan produk penjagaan wajah yang lain dengan sifat yang mudah meresap ke dasar kulit, serum akan menyediakan kulit untuk menerima produk lain dengan lebih efektif.

 

4) Guna sedikit, kesan maksimum

Keempat, serum hanya perlu digunakan dalam kuantiti sedikit. Usah terkejut apabila membeli serum botolnya kecil tetapi harganya mahal berbanding saiznya.

Serum hanya perlu digunakan dalam kuntiti yang sedikit untuk mendapat kesan maksimum.

Satu botol kecil serum boleh bertahan 4 ke 6 bulan!

 

5) Serum mempunyai kuasa spesifik

Akhir sekali, kebaikan serum adalah serum mampu menangani masalah kulit secara spesifik.

Setiap jenis serum diciptakan untuk memberikan manfaat yang spesifik kepada kulit cikpuan. Serum ini sesuai mengikut jenis kulit, umur dan keperluan kulit anda.

Ada serum untuk berikan kelembapan. ada yang cerahkan kulit, ada juga untuk memudarkan kedutan.

 

NOTA: Skincare will only work if you use them correctly and consistently. Terima Kasih, semoga bermanfaat buat cikpuan semua!

Lihat Komen

  • Puan Mary, macam mana pula kalau saya pakai skincare brand The Ordinary Lactid Acid 5% kemudian saya apply Plant Devired...tiada masalah kan..sebab Plant Devired bukan bersifat acid?

Artikel Terkini

Warna Tudung Yang Wanita Wajib Ada

Tidak dinafikan di pasaran ketika ini banyak pilihan warna tudung sehingga rambang mata dan keliru… Teruskan Membaca

1 week lepas

Jenis-Jenis Inner Tudung Yang Wanita Perlu Tahu

Inner tudung atau disebut juga sebagai anak tudung menjadi satu keperluan untuk wanita yang bertudung.… Teruskan Membaca

2 weeks lepas

Etika Beraya

Saya yakin  ramai yang berasa teruja untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini setelah sebulan… Teruskan Membaca

3 weeks lepas

7 Ciri-Ciri Asas Baju Raya Yang Baik

Saya sememangnya mementingkan praktikaliti pakaian raya kerana pada pagi raya kita akan melakukan pelbagai aktiviti… Teruskan Membaca

4 weeks lepas

Padanan Warna Baju dan Tudung Raya 2024

Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Pastinya ramai yang membuat persiapan awal untuk… Teruskan Membaca

1 month lepas